Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ikut Cara Ini Untuk Tukar Nombor Telefon Di CIMB Clicks Jika Nombor Lama Tidak Pakai Lagi.

3,459

Nombor telefon sangat penting sekiranya anda berurusan secara talian terutamanya perbankan atas talian. Ini kerana anda akan menerima TAC nombor untuk pengesahan transaksi secara talian dilakukan oleh anda.

Sekiranya nombor telefon yang didaftarkan tidak digunakan lagi, ini adalah cara untuk anda menukar dan mendaftarkan nombor telefon baru anda di CIMB Clicks.

Tukar Secara Online

Anda tidak boleh menukar nombor telefon anda secara online kerana ianya melibatkan keselamatan akaun anda.

3 Cara Menukar Nombor Telefon

  • Melalui mesin ATM
  • Pergi Ke Cawangan Bank
  • Melalui Talian Perkhidmatan Pelanggan

1. Melalui Mesin ATM

Anda boleh menukar melalui mesin ATM CIMB yang berdekatan dengan anda. Lakukan langkah-langkah berikut :

  • Lihat menu utama, klik dan pilih butang Lain-Lain
  • Pilih CIMB Clicks.
  • Masukkan nombor telefon baharu.
  • Pilih Proceed.
  • Nombor telefon berjaya ditukar

cimb

2. Pergi Ke Cawangan Bank

Anda boleh terus pergi ke cawangan bank CIMB yang berdekatan dengan anda dan berjumpa pegawai yang bertugas di bahagian Perkhidmatan Pelanggan untuk menukar nombor telefon anda.

CIMB

3.  Melalui Talian Perkhidmatan Pelanggan

Anda juga boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan CIMB Bank di +603 6204 7788 untuk menukar nombor telefon CIMB Clicks anda.

call cimb clikcs

Melalui 3 kaedah ini, anda dapat menukar nombor telefon yang baharu sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini pada nombor telefon lama anda.

Semoga perkongsian ini membantu anda.

Sumber :

  • CIMB Clicks
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...