Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Insentif Pembukaan Akaun Syarikat RM200 One Off PUJB

1,628

Usahawan Negeri Johor yang ingin membuka akaun syarikat dipelawa untuk mmebuat permohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB).

Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM200 secara sekali bayar atau one-off dikreditkan ke akaun syarikat atau akaun semasa pemohon yang berjaya dalam permohonan.

Baca juga: RM1,000 Maksimum Bantuan Modal Menerusi MyKasih Kapital

TARIKH PERMOHONAN INSENTIF PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT

Tarikh untuk memohon Insentif Pembukaan Akaun Syarikat adalah pada:

  • 10 Mac 2021

INFO RINGKAS PERMOHONAN INSENTIF PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT RM200

Untuk pengetahuan anda, program ini adalah program jalinan kerjasama bersama institusi perbankan seperti berikut:

  • Affin Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • MBSB Bank
  • RHB Bank

Manfaat yang diperolehi adalah:

  1. Proses pembukaan akaun syarikat/semasa tanpa introducer.
  2. Pembukaan akaun syarikat/semasa dengan nilai deposit yang minima (tertakluk kepada terma dan syarat dari pihak bank).
  3. Pemohon yang berjaya akan menerima insentif tunai berjumlah RM200 dari Kerajaan Negeri Johor.

SYARAT PERMOHONAN INSENTIF PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT RM200

Semak syarat permohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan penduduk tetap negeri Johor atau telah bermaustatin di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Permohonan dibuka kepada individu yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mejalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan beroperasi.
  • Terbuka kepada syarikat dalam sektor Pembuatan dan Perkhidmatan. Keutamaan kepada usahawan PKS dalam kategori Mikro.
  • Pemohon hanya layak untuk memohon satu permohonan sahaja dan menajdi keutamaan kepada pemohon yang tidak pernah memiliki akaun syarikat/semasa.

CARA MOHON INSENTIF PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT

Langkah-langkah permohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat adalah:

  • Klik link berikut: https://docs.google.com/forms
  • Isikan maklumat yang diminta dengan betul dan selengkapnya.
  • Klik NEXT dan klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
Nota: Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel yang telah anda daftarkan semasa mengisi borang permohonan.
Cara Mohon Insentif Pembukaan Akaun Syarikat RM200 One Off PUJB

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Insentif Pembukaan Akaun Syarikat RM200 PUJB, sila dapatkan disaluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...