Insentif Perkahwinan RM500 Buat Orang Muda Johor Yang Bakal Melangsungkan Perkahwinan

0

Berita baik buat warga Johor! Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan inisiatif perkahwinan sebanyak RM500 buat orang-orang muda yang bakal melangsungkan perkahwinan. Beliau membuat pengumuman tersebut pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Johor di Johor Bahru.

Inisiatif ini merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam Pelan Orang Muda Johor yang merangkumi pelbagai bidang seperti pendidikan, pertanian, latihan kemahiran, keusahawanan dan lain-lain.

SYARAT-SYARAT MEMOHON INSENTIF PERKAHWINAN RM500 ORANG MUDA JOHOR

Untuk memohon inisiatif yang diumumkan kepada warga Johor, anda mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan terlebih dahulu. Antara syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti berikut:

  • Warga Johor
  • Berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
  • Melangsungkan perkahwinan buat kali pertama

Selain daripada itu, dalam ucapannya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menggalakkan kesemua belia Johor yang merantau ke negara orang untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman serta mencari rakan agar menjadi belia berkualiti dan mempunyai pemikiran jauh, terbuka serta berpandangan global.

INISIATIF LAIN YANG TERKANDUNG DALAM MANIFESTO BN JOHOR

Selain daripada pengumuman insentif RM500 buat orang muda johor yang bakal berkahwin, Pengerusi BN Johor turut mengumumkan beberapa inisiatif lain yang terkandung dalam manifesto tersebut. Berikut merupakan inisiatif-inisiatif yang diumumkan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

  • Memperkenalkan dasar dan tawaran Johor Jobs for Johoreans and Other Malaysians.
  • Memberikan modal awalan sebanyak RM2,000 kepada sejumlah 1,000 orang muda Johor setiap tahun melalui inisiatif indinomics kepada belia berusia 30 tahun dan ke bawah.
  • Membangunkan tiga buah Youth Hub di Pasir Gudang, Kulai dan Pontian.
  • Melatih 500 Orang Muda Johor dalam industri fesyen, perfileman dan ekonomi kreatif dan menjadikan Johor sebagai Hab Fesyen Negara.
  • Mewujudkan sekolah kepimpinan dan Pentadbiran Awam bagi melahirkan pemimpin pelapis di Johor.
  • Mengkhususkan 20,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) kepada Orang Muda Johor yang disasarkan disiapkan menjelang 2023.
  • Pemberian RM10,000 kepada Orang Muda Johor yang berjaya menyambung pengajian di 20 universiti terbaik di dunia.
  • Memastikan setiap Orang Muda Johor mempunyai satu kemahiran.

Tawaran untuk Orang Muda Johor ini sebenarnya bukan sahaja untuk orang muda tetapi turut melibatkan wanita, orang Kurang Upaya (OKU) dan juga penduduk FELDA di Johor.

Bagi anda warga Johor, jangan lepaskan peluang untuk menikmati segala inisiatif yang telah diumumkan ini. Semoga segala inisiatif yang diumumkan dapat memberikan manfaat kepada anda.

Comments
Loading...