Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Majlis Pekerjaan Negara Bakal Wujudkan 500,000 Peluang Pekerjaan Baru

4,030

Seperti yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2021 yang lepas, pihak kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara yang mana akan memfokuskan kepada usaha untuk mewujudkan hampir 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Rujuk: Belanjawan 2021: Penambahbaikan Bantuan Belanjawan 2021.

Hal ini juga kerajaan prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat yang terjejas teruk sumber pendapatan mereka akibat pandemik Covid-19 kerana ada yang dibuang kerja akibat syarikat masing-masing mengalami kerugian.

INTIPATI MESYUARAT MAJLIS PEKERJAAN NEGARA

Antara intipati daripada mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ialah:

  • Pengangguran di Malaysia telah meningkat sebanyak 0.1% setiap bulan sehingga mencecah 4.7% pada Oktober 2020 berdasarkan Jabatan statistik Malaysia.
  • Jumlah pengangguran meningkat 1.5% iaitu 748,200 orang berbanding September 2020.
  • Bagi perniagaan yang meneruskan operasinya ketika tempoh PKP, employment-to-population meningkat kepada 65.3% pada bulan Oktober.
  • Jumlah pekerja yang tidak bekerja sementara meningkat kepada 183,600 orang berbanding bulan September 2020 iaitu sebanyak 100,700 orang dan merupakan angka tertinggi yang direkodkan sepanjang April.
  • Peningkatan kes harian di Malaysia akan menjadi cabaran kepada mereka untuk mencari peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor perkhidmatan.
  • Pemulihan ekonomi dilihat bertambah baik apabila banyak perusahaan kembali beroperasi.

“Menerusi penubuhan NEC, Perdana Menteri yakin inisiatif penciptaan pekerjaan yang bermula tahun 2021 dan ke hadapan akan menjadi lebih terancang dan dilaksanakan secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan.

“Usaha ini akan dipandu oleh Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional yang akan dibangunkan kelak bagi memacu Malaysia ke tahap yang lebih tinggi serta menjamin kesejahteraan hidup rakyat.”

PELBAGAI INSENTIF UNTUK TAMBAH PELUANG PEKERJAAN

Walaupun sasaran 500,000 peluang pekerjaan dilihat agak susah untuk dicapai, pihak kerajaan akan mengambil langkah proaktif dengan memberikan insentif cukai dan menarik pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia seterusnya mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan.

Perdana Menteri juga mendesak agar Kementerian Sumber Manusia serta kementerian yang lain untuk membelanjakan peruntukan kerajaan sebanyak RM2 bilion bagi tujuan melatih lebih ramai anak muda terutamanya dalam bidang kemahiran.

Majlis Pekerjaan Negara Bakal Wujudkan 500,000 Peluang Pekerjaan Baru

5 PASUKAN PETUGAS KHAS MELAKSANAKAN MAJLIS PEKERJAAN NEGARA

Terdapat 5 pasukan petugas untuk melaksanakan tugas Majlis Pekerjaan Negara iaitu:

  • Pasukan Petugas Khas Pendidikan Nasional
  • Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Sumber Manusia dan Keusahawanan
  • Real Economy
  • Deeptech and Future Skills

Pasukan Petugas Khas ini bertanggungjawab melaporkan status pelaksanaan di bawah kluster masing-masing kepada Pasukan Petugas Peringkat Tinggi secara bulanan.

Unit Laksana (Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional) Kementerian Kewangan, akan bertindak selaku Sekretariat NEC dan memantau kemajuan pelaksanaan setiap program di bawah inisiatif NEC supaya lebih efektif berpandukan penilaian yang bersesuaian dari masa ke masa.

JIka anda merupakan individu yang terkesan atau sedang mencari pekerjaan, boleh mula mendaftar di portal MyFutureJob yang merupakan pusat sehenti dan rujukan utama kepada rakyat bagi inisiatif berkaitan pekerjaan, termasuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula.

Majlis Pekerjaan Negara Bakal Wujudkan 500,000 Peluang Pekerjaan Baru

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...