Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perincian iSinar KWSP : 2 Kategori Ahli Yang Layak Memohon

4,947

Perincian iSinar KWSP terkini yan dikemaskini oleh KWSP telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) petang tadi iaitu terdapat 2 kategori membabitkan 8 juta ahlinya yang layak memohon Skim i-Sinar.

Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu dengan perincian pengeluaran iSinar selepas diumumkan oleh Menteri Kewangan yang menyatakan ianya diperluaskan pengeluarannya sehingga maksimum RM10,000.

Pelbagai andaian mengenai cara pengeluaran serta syarat yang mungkin ditetapkan oleh KWSP untuk pengeluaran wang i-Sinar ini.

2 KATEGORI AHLI YANG LAYAK MEMOHON PENGELUARAN ISINAR

Dua kategori ahli yang layak memohon pengeluaran i-Sinar ialah seperti berikut:

KATEGORI 1

Kategori 1 ini ialah :

  • Mereka yang bekerja di sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja di dalam sektor ekonomi gig
  • Sudah lama tidak mencarum
  • Hilang pekerjaan
  • Suri rumah atau
  • Diberi notis cuti tanpa gaji

TARIKH PERMOHONAN KATEGORI 1

Pemohon bagi kategori 1 boleh membuat permohonan secara online pada:

  • 21 Disember 2020

TARIKH PEMBAYARAN PERMOHONAN KATEGORI 1

Pembayaran kepada ahli yang layak akan dibuat pada:

  • 9 Januari 2021
Nota: Kriteria bagi Kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau;
Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan dan Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.
Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online

KATEGORI 2

Kategori 2 pula ialah:

  • Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
  • Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

TARIKH PERMOHONAN KATEGORI 2

Pemohon bagi kategori 2 boleh membuat permohonan secara online pada:

  • 11 Januari 2021

DOKUMEN SOKONGAN PENGELUARAN iSINAR

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli seperti berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan.
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.
  • Jika dokumen tersebut tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan

TARIKH PEMBAYARAN PERMOHONAN KATEGORI 2

Pembayaran kepada ahli yang layak akan dibuat pada:

  • Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Nota : Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online

PERKARA PERLU DILAKUKAN SEBELUM MOHON PENGELUARAN i-SINAR

Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:

  • Masih aktif
  • Milik anda
  • Bukan akaun bersama

Nota: Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin. KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.

JUMLAH KELAYAKAN PENGELUARAN i-SINAR

Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut :

  • Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  •  Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Perincian iSinar KWSP : 2 Kategori Ahli Yang Layak Memohon

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.

Perincian iSinar KWSP : 2 Kategori Ahli Yang Layak Memohon

Untuk dapatan cara mohon pengeluaran i-Sinar KWSP secara online, sila klik disini dan dapatkan cara-cara permohonannya.

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...