Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jadual Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Bagi Tahun 2018

0 2,407

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan satu bentuk peperiksaan awam yang dilaksanakan untuk menguji kebolehan pelajar sekolah rendah dalam akademik. UPSR menjadi kayu ukur sejauh mana pencapaian kanak-kanak yang bakal menempuhi alam sekoah menengah.

Terdapat beberapa subjek teras yang akan diuji dalam UPSR seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Peperiksaan ini dijalankan selama empat hari. Dalam artikel ini, anda boleh mendapatkan maklumat tentang jadual peperiksaan UPSR bagi tahun ini. Dengan ini, anda bolehlah merancang kelas tusyen atau apa-apa inisiatif lain untuk memastikan kejayaan anak-anak anda dalam UPSR.

jadual upsr 2018 3

TARIKH PEPERIKSAAN UPSR 2018

Peperiksaan UPSR ini akan dijalankan pada tarikh-tarikh berikut:

  • Tarikh Peperiksaan UPSR: 24 September 2018 – 27 September 2018

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2018

Berikut merupakan jadual peperiksaan UPSR bagi tahun ini. Peperiksaan ini akan bermula pada hari Isnin (24 September 2018) sehingga Khamis (27 September 2018).

jadual upsar 2018 1

jadual upsr 2018 2Jika dirujuk pada jadual peperiksaan UPSR bagi tahun 2018 ini, peperiksaan yang bermula pada hari Isnin dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu bagi kedua-dua kertas iaitu Pemahaman dan Penulisan.

Hari seterusnya iaitu pada hari Selasa (25 September 2018) pelajar akan diuji dengan subjek Bahasa Inggeris, juga untuk kedua-dua kertas iaitu Pemahaman dan Penulisan. Pada hari Rabu ialah peperiksaan subjek Matematik untuk kertas 1 dan kertas 2 sementara pada hari terakhir iaitu hari Khamis, pelajar akan diuji dengan subjek Sains bagi kedua-dua kertas.

Walaupun peperiksaan bermula pada jam 8:15 pagi, namun pelajar wajib datang ke sekolah pada jam 8 pagi untuk tujuan persediaan dan juga taklimat peperiksaan.

Diharapkan artikel tentang Jadual Peperiksaan UPSR Tahun 2018 ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk anak-anak anda dalam menghadapi peperiksaan UPSR ini. Kami mendoakan kejayaan anak-anak anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...