Majikan Ini Warning, Jangan Ulangi 5 Kesalahan Ini Ketika Temuduga Anda

211

Tahukah anda bahawa penemuduga sentiasa memerhati tingkah laku anda terutamanya ketika anda melangkah masuk ke dalam bilik temuduga sehinggalah anda selesai ditemuduga. Oleh itu, berhati-hati ketika sesi temuduga dijalankan kerana setiap perilaku anda diperhatikan dan mempunyai markahnya yang tersendiri.

Namun, masih lagi terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh para calon ketika sesi temuduga dan dikenalpasti oleh majikan yang menjalankan temuduga bersama calon.

Ingin tahu kesalahan interview yang dilakukan oleh calon?

5 KESALAHAN CALON KETIKA TEMUDUGA

Apakah 5 kesalahan calon ketika temuduga yang dikenalpasti oleh panel penemuduga?

1 CALON TIDAK MENGIKUT ARAHAN YANG DINYATAKAN

  • Pada iklan jawatan kosong, pastinya bahagian pengambilan pekerja meminta para pemohon untuk menghantar resume dan cover letter dalam bentuk PDF agar dapat dibuka dan dibaca.
  • Apa yang didapati, resume dan cover letter yang diterima melalui emel tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan. Apa yang bakal majikan dapati, daripada beratus permohonan hanya terdapat 10 hingga 30 pemohon sahaja yang mengikut arahan yang diberikan.
  • Jika membuat permohonan sahaja sudah tidak dapat ikut arahan, bagaimana pula jika diterima bekerja?

2 MENGGAMBARKAN DIRI SEORANG YANG TIDAK BERETIKA

Apabila menjawab soalan, calon menggambarkan diri mereka seorang yang tidak beretika ketika melakukan tugasan. Lihat jawapan di bawah.

Contoh soalan :

“Ceritakan pengalaman ketika anda diberikan tugasan yang banyak dan bagaimanakah anda kendalikannya?”

Jawapan : 

“Untuk pengetahuan tuan, rakan sekerja pernah saya meminta pertolongan saya untuk menyiapkan tugasan nya. Dalam masa yang sama majikan meminta saya membantu rakan sekerja sebelum saya menyiapkan tugasan saya. Saya agak keberatan kerana tugasan saya juga masih lagi belum siap sepenuhnya.”

Sekiranya anda panel penemuduga, apa pula tanggapan anda?

3 MENIPU RESUME DAN CV

  • Jangan tidak tahu ya, ada calon yang menipu semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan yang dipohon.
  • Antaranya dengan menipu pendidikan, kemahiran serta pelbagai maklumat di dalam resume dan CV mereka.
  • Mereka akan terperangkap ketika temuduga kerana tidak menjawab soalan dengan betul dan jawapan yang diberikan tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam resume dan CV.

4 SEORANG YANG SANGAT SEMPURNA

“Saya tidak pernah membuat kesalahan atau sebarang kesilapan dalam setiap tugasan saya. Semua tugasan saya sangat sempurna tanpa sebarang kesilapan”

Mana mungkin seorang manusia tidak pernah melakukan kesalahan ketika melakukan tugas yang diberikan oleh majikan. Anda boleh menjawab kesalahan yang dilakukan serta cara menyelesaikannya dengan logik dan kreatif. Pastinya jawapan anda menarik perhatian bakal majikan.

5 TUKAR DAN ELAK SOALAN PENEMUDUGA

Calon seperti ini pastinya tidak tahu memberikan jawapan yang terbaik untuk soalan yang diajukan terutamanya soalan yang berkaitan dengan kelemahan atau kekurangan diri.

Sedangkan anda hanya perlu menjawab dalam konteks kerja dan berikan jawapan cara menyelesaikan masalah tersebut serta peningkatan diri dalam setiap tugas seharian.

Jika anda berterusan bersikap begini ketika menjawab soalan temuduga, mungkin anda tidak akan diterima untuk bekerja dan jadilah calon yang kreatif dalam memberikan jawapan yang diajukan panel penemuduga.

Oleh itu, elakkan daripada melakukan kesalahan yang dikenalpasti oleh panel penemuduga atau majikan ini sekiranya anda benar-benar inginkan jawatan tersebut menjadi milik anda.

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...