Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kadar Zakat Fitrah 2021 Mengikut Negeri Seluruh Malaysia & Cara Membuat Pembayaran Secara Online

2,998

Masuknya bulan Ramadan pastinya ia akan mengingatkan kita dengan bayaran zakat fitrah yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu dengan syarat-syarat tertentu.

Adakah kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap negeri masih sama seperti tahun lalu atau ada perubahan?

Jom semak jumlah kadar bayaran zakat fitrah dan semak cara membuat pembayaran secara online melalui perkongsian ini.

Baca juga: Tips Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadan Untuk Pesakit Gastrik

INFO RINGKAS ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan.
Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna.
Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin. (HR Bukhari)”

KADAR ZAKAT FITRAH

Asal kadar zakat fitrah adalah satu sha (gantang) dan nilainya seperti yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami wa Adillatuh iaitu 2.751 kg. Dan di sisi mazhab Hanafi ialah 3.8 kg.

KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI

Kadar zakat fitrah mengikut negeri adalah seperti berikut:

NEGERI KADAR BAYARAN PAUTAN BAYARAN ONLINE
Perlis RM7.00 www.maips gov. 
Kedah RM5.00/ RM7.00/ RM14.00 RM21.00 https://jom.zakatkedah.com.my/?
Pulau Pinang RM7.00/ RM12.00 / RM16.00 https://zakatpenang2u.com/
Perak RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 https://ezakat.maiamp.gov.my/
Selangor RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 https://fpx.zakatselangor.com.my/
Negeri Sembilan RM7.00 https://www.zakatns2u.biz/fitrah/
Melaka RM7.00/ RM14.00 https://ebayar.melaka.gov.my/
Johor RM7.00/ RM10.00 https://epayment.maij.gov.my/
Pahang RM7.00 https://ezakat.muip.gov.my/
Terengganu RM7.00 https://ezakat.maidam.gov.my/
Kelantan RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 https://www.e-maik.my/
Sarawak RM7.00 https://pelanggan.tbs.org.my/
Sabah RM6.00/ RM7.50 https://appszakat.sabah.gov.my/
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM5.00/ RM7.00 / RM14.00 https://www.maiwp.gov.my/

http://fitrah.zakat.com.my/

NOTA:

  • Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka.
  • Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.

ZAKAT FITRAH BUKAN HANYA BERDASARKAN BERAS YANG DIMAKAN

Kadar Zakat Fitrah 2021 Mengikut Negeri Seluruh Malaysia & Cara Membuat Pembayaran Secara Online

SYARAT WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH

Syarat wajib menunaikan zakat fitrah bagi seorang muslim ialah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

PERINGATAN: Anda dinasihatkan untuk membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit pembayaran adalah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Sebarang persoalan mengenai zakat fitrah, sila hubungi Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...