Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kaedah PdPR KPM Menggunakan Modul & Berasaskan Projek

6,658

Berikutan pelaksanaan PKP 2.0, operasi sekolah juga telah bertukar di mana pelajar yang tidak menghadapi peperiksaan perlu belajar secara PdPR atau Pengajaran dan Pembelajaran di rumah masing-masing.

Walaupun PKP 2.0 telah diumumkan, sesi persekolahan bagi tahun 2021 tetap diteruskan dan pelajar calon SPM serta STPM  pada 20 Januari 2021.

Jika sebelum ini pelajar lain boleh lagi hadir ke sekolah seperti biasa, tetapi selepas pengumuman pelaksanaan PKP 2.0, tarikh dan SOP juga telah berubah mengikut kesesuaian.

INFO RINGKAS PdPR

Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu.

Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

Kaedah PdPR  KPM Menggunakan Modul & Berasaskan Projek

TEMPOH PELAKSANAAN PdPR

Tempoh untuk melaksanakan PdPR adalah seperti berikut:

  • Prasekolah: 1 jam
  • Rendah: 1-2 jam
  • Menengah rendah: 2-3 jam
  • Menengah atas: 3-4 jam

KAEDAH PdPR MENGGUNAKAN MODUL

Kaedah PdPR menggunakan modul adalah seperti:

  • Dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran.
  • Perkara yang perlu ada di dalam modul:
    – Sasaran (prasekolah, render, menengah)
    – Tajuk atau tema modul
    – Objektif berdasarkan DSKP
    – Tempoh pelaksanaan aktiviti
    – Nota berkaitan tabuk modal
    – Aktiviti relevan topik Pop
    – Pentaksiran

KAEDAH PdPR BERASASKAN PROJEK

  • Dilaksanakan mengikut mata pelajaran ataupun gabungan beberapa mata pelajaran.
  • Pelaksanaannya adalah seperti berikut:
    – Memberi tajuk kepada murid.
    – Membimbing murid untuk mengenalpasti kaedah menyiapkan projek yang diberikan.
    – Membimbing murid untuk mengenalpasti bahan, peralatan dan kos yang diperlukan.
    – Menentukan jangka masa menyiapkan projek.
    – Membimbing murid menyelesaikan projek.
    – Membentangkan hasil projek.
    – Membuat refleksi tentang proses penghasilan projek.

MANUAL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI RUMAH

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai PdPR KPM di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...