Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kasih Ibu Smart Selangor: Bantuan RM200 Sebulan Untuk Para Ibu

5,025

KISS atau Kasih Ibu Smart Selangor merupakan satu lagi program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40) kurang RM2,000 sebulan.

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan RM200 sebulan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Melalui program ini, lebih 30,000 ibu mendapat manfaat dengan membeli barang keperluan asas menggunakan Kad KISS tanpa perlu membayar tunai (cashless).

Untuk ibu yang sedang mengandung, anda juga boleh memohon insentif ASNB sebanyak RM200 melalui skim ADAM50.

Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor

Anda boleh membuat pendaftaran secara manual atau secara online.

1. Pendaftaran Secara Manual

Borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman web http://www.kiss.com.my/ atau boleh diambil di:

  1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung
  4. Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  5. Pusat Wanita Berdaya

Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.

2. Pendaftaran Secara Online

Baca juga: Rumah Selangorku: Pendaftaran, Permohonan & Semakan Status Online

kasih ibu smart selangor

Syarat kelayakan permohonan program Kasih Ibu Smart Selangor adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  3. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun
  4. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan

Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan

Antara barangan keperluan asas yang diluluskan untuk program KISS ialah:

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  12. Sabun, kelangkapan mandian dan bahan pencuci
  13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

Untuk dapatkan panduan harga, anda boleh download di sini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan program ini, sila hubungi Selangor Care di talian 03-5525 6600

Baca juga: Skim Smart Sewa Selangor: Sewa 5 Tahun, Sambil Kumpul 30% Modal Beli Rumah Pertama

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...