Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kek Kukus Oreo, Bajet RM 10 Dah Boleh Buat

1,451

Kek Bajet RM10

Macam tak percaya sahaja boleh buat kek kukus RM10. Kek Kukus Oreo pulak tu.

Malahan anda tidak perlu menggunakan oven untuk memasaknya.

Dengan hanya guna 2 bahan saja, anda sudah boleh menghasilkan kek kukus oreo yang sedap.

Bahan Yang Diperlukan

Antara bahan yang anda perlukan:

  • 2 paket oreo yang berharga RM6.60
  • 1 kotak susu kecil perisa coklat 200ml berharga RM2.83.
  • Mentega
  • Periuk pengukus

oreo dan susu

Cara Membuat

Berikut adalah cara membuatnya :

  • Kisarkan dua paket oreo bersama satu kotak susu coklat.
  • Asingkan sedikit biskut oreo (jangan ambil krimnya) untuk buat toping.
  • Panaskan pengukus.
  • Sapukan mentega pada bekas yang ingin diletak hasil kisaran oreo dan susu tadi.
  • Kukuskan ia selama 20 minit.
  • Apabila siap, biarkan dahulu selama 20 minit kemudian taburkan kisaran biskut oreo tadi sebagai toping.

blender oreo

kek dalam pengukus

kek kukus siap

Sudah siap.

Mudahkan? Anda boleh buat tanpa melaburkan duit yang banyak dan anda boleh makan bila-bila masa sahaja yang anda suka.

Selamat mencuba.

Sumber :

  • Sinar Plus
  • siraplimau.com
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...