Semakan Keputusan SPM 2019 Diumumkan Mac 2020

0 73
Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM 2019 masing-masing yang akan diumumkan pada Mac 2020 nanti.

Berdasarkan keputusan SPM tahun-tahun lepas, keputusan telah diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada bulan Mac setiap tahun. Jadi, berkemungkinan besar semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 akan diumumkan secara rasmi pada Mac nanti.

TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA ONLINE DAN SMS

Untuk semakan keputusan SPM 2019 nanti. Calon SPM 2019 boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan keputusan SPM 2019.

Di tunjukkan juga cara untuk mendapatkan keputusan/result SPM 2019 secara manual (melalui sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri) atau Semakan Secara Online/Semakan Atas Talian.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019
Tarikh Semakan Jam Semakan

πŸ‘‰Mac 2020 (Tarikh Rasmi Akan Diupdate Nanti)

πŸ‘‰10 Pagi

Tarikh yang tepat (rasmi) seperti pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia
MEKANISME SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019
RESULT SPM 2019

Semakan Keputusan SPM Online
Aplikasi Semakan Secara Mobile

πŸ‘‰Aplikasi Mobile e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP)

Semakan Result SPM SecaraΒ  SMS

Taip: SPM (jarak) NoKPΒ (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888

Contoh: SPM 990527031234 WY001A040 sms ke 15888

Semakan Keputusan SPM 2019 Secara SMS
Sistem aplikasi bagi semakan ringkasan keputusan SPM 2019 secara dalam talian (online) hanya diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi.
Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa β€œselang” dalam ruangan yang tersedia
Semakan secara online hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN
Semakan Keputusan Penuh SPM 2019
Calon SPM Sekolah Calon SPM Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM
KENYATAAN MEDIA KPM
Kenyataan Media Keputusan SPM
Di atas merupakan Kenyataan Media Rasmi Lembaga Peperiksaan KPM yang dikeluarkan khas untuk semakan keputusan SPM 2018 lepas.
Kenyataan Media Rasmi Lembaga Peperiksaan KPM untuk keputusan SPM 2019 juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Pihak edubestari.com akan update info di laman ini nanti.
Kepada calon SPM 2019, pastikan anda alert dengan setiap hebahan yang dilakukan oleh pihak KPM untuk tidak terlepas setiap hebahan terkini berkaitan peperiksaan anda.
Comments
Loading...