Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Keyboard Custom Ini Untuk Pengguna Hardcore Photoshop Sahaja, Yang Lain Sila Jeles

1,331

Keyboard Custom

Anda pengguna tegar Photoshop? Ini adalah berita gembira buat anda terutamanya jika anda merupakan seorang Graphic Designer atau sememangnya photoshop itu permainan anda seharian.

Terdapat satu rekaan keyboard custom khas yang telah direkacipta oleh 3dDecors untuk anda dengan ciri-ciri yang lebih baik dan canggih untuk memudahkan anda dalam melakukan kerja photoshop.

Wah! Macam best je ni.

Jom kita tengok ciri-ciri yang ada pada keyboard idaman para hardcore photoshop ini.

keyboard canggih

Rekabentuk Menarik

Kali ini 3dDecors menghasilkan keyboard yang menarik dan lain daripada kebiasaan. Kali ini Ianya direkabentuk dengan keadaan yang mendatar,slim dan sangat menyerupai toolbar Photoshop.

Ya, bagaikan segala toolbar photoshop yang ada di dalam software dikeluarkan daripada skrin dan diletakkan pada keyboard yang terlalu canggih ini.

Dapat bayangkan tak bestnya keyboard ni?

keyboard canggih2

Set Shotcut Dalam Bentuk Ikon

Kalau hardcore photoshop pun tidak boleh ingat semua shortcut, apa lagi yang beginner kan?

Jadi, pada keyboard ini terdapat set shortcut yang sangat canggih dan memudahkan kerja anda untuk edit serta setting dengan hanya klik ikon pada keyboard ini sahaja. Malahan ianya lebih lengkap dengan ikon Photoshop yang boleh membuat ukuran dengan begitu baik dan teliti sekali.

Terdapat juga kekunci Quick-Acsess undoing dan redoing dan juga untuk menyimpan dan membuka file hasil kerja anda.

Manakala terdapat dua tombol di keyboard ini untuk anda setting saiz berus, hardness, malahan boleh digunakan untuk zoom in / out saiz imej, setting brightness, color balance dan juga image rotation serta pelbagai lagi fungsi yang lain.

Numpad-esque

Manakala bagi keyboad Numpad-esque pula, ianya direka ringkas dengan bentuk empat segi,lebih kecil dan mempunyai beberapa ciri butang tambahan yang mempunyai lebih banyak fungsi untuk kegunaan anda.

Harga

Yang lebih menggembirakan lagi, harganya adalah lima kali jauh lebih murah daripada keyboard keluaran Loupedeck Creative Tool.

Dikatakan harganya adalah USD100 sahaja atau bersamaan RM436 dan anda sudah boleh mendapatkan keyboard ini untuk kegunaan anda.

Cara Membeli

Nak beli? Klik sini untuk buat pembelian :

3dDecors’ Etsy shop

Macam tidak masuk akal. Sudahlah canggih, semua fungsi ada di keyboard, murah pula. Yang lain, jangan jeles ya.

Sumber :

  • Yanko Design
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...