Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Kemasukan Kolej Profesional MARA (KPM) Untuk Lepasan SPM

0 1,945

Kolej Profesional MARA (KPM) merupakan salah satu institusi pendidikan tinggi di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan kursus pengajian peringkat diploma.

Jadi, kepada semua lepasan SPM, anda bolehlah memohon untuk masuk ke KPM sekiranya berminat. Permohonan boleh dilakukan secara online di laman web rasmi MARA.

Tidak tahu bagaimana untuk memohon? Jangan risau! Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Permohonan Kemasukan Kolej Profesional MARA (KPM) Ambilan 2020.

TEMPOH PERMOHONAN KPM AMBILAN 2020

Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) telahpun dibuka pada tarikh Mac yang lalu. Anda bolehlah mengemukakan permohonan segera. Tarikh tamat permohonan KPM adalah pada April 2020 ini. Jadi, mohonlah segera kerana tarikh tamat permohonan sudah hampir tiba.

Setiap permohonan yang dilakukan akan dinilai dan diuruskan sendiri oleh sebuah badan khas yang ditubuhkan MARA untuk tujuan ini. Badan khas tersebut dinamakan sebagai Unit Pusat Institusi MARA (UPIM).

Tugas UPIM adalah untuk memproses permohonan serta menyusun penempatan pemohon yang berjaya. Selain KPM, UPIM juga turut bertanggungjawab mengendalikan urusan pengambilan pelajar ke Insitusi-institusi pendidikan MARA yang lain seperti:

  • UniKL   
  • German-Malaysian Institute     
  • Kolej Poly-Tech MARA    
  • Kolej MARA     
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA       
  • Kolej KETENGAH International College     
  • GIATMARA

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan institusi-institusi pendidikan MARA ini, anda bolehlah menghubungi Bahagian Pendidikan Tinggi MARA di talian 03-261 34074 / 34075 / 34076 / 34077 / 34081.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON KPM AMBILAN 2020

Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon kemasukan ke Kolej Profesional MARA Ambilan 2020. Anda perlulah meneliti setiap daripada syarat ini sekaligus memenuhi kesemua syarat-syarat yang ditetapkan ini.

Untuk makluman anda, syarat khusus adalah berbeza-beza mengikut program-program pengajian yang ditawarkan. Jadi, untuk mengetahui syarat-syarat bagi setiap program pengajian, sila klik link di bawah.

SENARAI KPM DI SELURUH MALAYSIA

Terdapat banyak kampus KPM di seluruh Malaysia yang menawarkan kursus berbeza-beza. Berikut kami kongsikan kampus-kampus KPM di seluruh negara serta bidang kursus yang ditawarkan.

1.) KPM Ayer Molek

  • Diploma in Accounting  
  • Diploma in Business Studies   
  • Certified Accounting Technician (CAT)

2.) KPM Beranang

  • Diploma in Accounting    
  • Diploma in Business Studies   
  • Diploma in Computer Science    
  • Diploma in Landscape and Horticulture

3.) KPM Indera Mahkota

  • Diploma in Accounting  
  • Diploma in Computer Networking  
  • Diploma in English Communication   
  • Diploma in Creative Digital Media Production  
  • Intensive English Programme

4.) KPM Bandar Penawar

  • Diploma in Accounting  
  • Diploma in Integrated Logistics Management 

5.) KPM Seri Iskandar

  • Diploma in Marketing  
  • Diploma in International Business  
  • Diploma in English Communication   
  • Diploma in Business Information Technology   
  • Intensive English Programme

6.) KPM Bandar Melaka

  • Diploma in Entrepreneurship  
  • Diploma in Islamic Banking & Finance   
  • Diploma in Halal Industry Compliance

CARA PERMOHONAN KPM AMBILAN 2020

Cara untuk memohon kemasukan ke KPM mudah sahaja! Anda hanya perlu mengisi permohonan secara online di laman web rasmi MARA. Di bawah, kami kongsikan link untuk ke laman web rasmi MARA. Sila klik link tersebut untuk mengisi permohonan.

Anda boleh menyemak status permohonan anda sama ada berjaya atau tidak setelah 2 atau 3 minggu tarikh tutup permohonan iaitu pada 5 April 2020.

Untuk makluman anda juga, penuntut KPM tidak perlu untuk membuat pinjaman PTPTN atau memohon pembiayaan MARA kerana KPM merupakan kolej bantuan penuh kerajaan dan wang pengajian dibayar oleh MARA.

Apa yang pelajar perlu sediakan hanyalah bayaran untuk pendaftaran, buku dan lain-lain keperluan belajar. Selain itu, pelajar-pelajar semester 1 dan 2 diwajibkan untuk tinggal di asrama. Pelajar juga tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri ke kolej.  

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN KPM

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan Kolej Profesional MARA (KPM), anda bolehlah rujuk alamat berikut: 

  • Alamat: UNIT PUSAT INSTITUSI MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA, TINGKAT 12 IBU PEJABAT MARA JALAN RAJA LAUT, 50609 KUALA LUMPUR

Bagi anda yang merupakan lepasan SPM dan berminat untuk masuk ke KPM, jangan tunggu lagi. Mohonlah dengan segera. Banyak faedah yang bakal anda peroleh apabila menuntut di KPM terutama sekali yuran pengajiannya ditanggung oleh MARA.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...