Kursus Golf Sebagai Profesional Kedi Untuk Asnaf MAIWP. Elaun Sehingga RM5,000 Selepas Tamat Latihan

120

Bagi membantu golongan asnaf keluar dari kemiskinan secara terus menerus, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  telah cuba untuk menyediakan peluang kerjaya kepada asnaf Wilayah Persekutuan untuk bekerja sebagai Profesional Kedi.

Jadi, selain daripada menerima bantuan bulanan yang disediakan, MAIWP sedaya upaya membantu golongan asnaf untuk lebih maju dalam kehidupan dan keluar dari kepompong kemiskinan dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan ini.

Jangan lepaskan peluang yang disediakan ini dan dapatkan info berkaitan Kursus Golf Profesioanl Kedi melalui perkongsian ini.

Baca juga: MAIWP: Pilih & Pulang Kasih Asnaf Back To School. Tak Perlu Bayar, Percuma Sahaja

INFO RINGKAS KURSUS GOLF PROFESIONAL KEDI

Profesional Kedi ini atau Golf Caddy ini satu kerjaya pembantu pemain golf di dalam permainan mereka. Bagi kedi profesional pula mereka boleh memberi arah permainan dan memberikan khidmat psikologi kepada mereka.

Pihak MAIWP akan pilih di kalangan asnaf fakir dan miskin yang berminat untuk menyertai Kursus Golf Profesional Kedi.  Mereka akan diberikan kursus profesional percuma dalam bidang ini.

Kursus kedi profesional atau pembantu pemain golf itu akan dijalankan dengan kerjasama Kreatif Golf Idea

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang digalakkan untuk mengikuti kursus ini ialah:

  • Golongan asnaf Wilayah Persekutuan
  • Asnaf Wilayah Persekutuan yang hilang pekerjaan
  • Asnaf Wilayah Persekutuan yang hilang pendapatan

SYARAT KELAYAKAN KURSUS GOLF PROFESIONAL KEDI MAIWP

Syarat kelayakan untuk mengikuti Kursus Golf Profesional Kedi MAIWP ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon lelaki dan perempuan
  • Mestilah berumur antara 18 hingga 35 tahun
  • Golongan asnaf Wilayah Persekutuan

KEISTIMEWAAN IKUTI KURSUS GOLF PROFESIONAL KEDI MAIWP

Kelebihan dan keistimewaan yang anda akan perolehi sekiranya mengikuti Kursus Golf Profesional Kedi MAIWP ialah:

  • Latihan profesioanal secara PERCUMA.
  • Terus mula bekerja selepas tamat latihan.
  • Elaun bermula RM3,000 hingga RM5,000.
  • Rumah dan pengangkutan disediakan.
  • Potongan KWSP dan perubatan selepas tempoh percubaan.
  • Pakaian disediakan kecuali kasut.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN

Untuk membuat pendaftaran, anda hanya perlu mengimbas QR Code yang terdapat di dalam poster di bawah:

Kursus Golf Sebagai Profesional Kedi Untuk Asnaf MAIWP. Elaun Sehingga RM5,000 Selepas Tamat Latihan

Baca juga: MAIWP: Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Bulanan Mengikut Kelayakan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Inginkan maklumat lebih lanjut mengenai Kursus Golf Profesional Kedi MAIWP? Sila hubungi:

  • Ustaz Hazim: 013-495 6792
  • Encik Ezri: 017-301 9761
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...