Kerja Sektor Pembinaan, Latihan Disediakan Melalui Program Khas

159

Jika anda tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pembinaan, jangan risau. Ini kerana Kementerian Kerja Raya sedia menerima mereka di luar sektor pembinaan yang hilang pekerjaan ketika pandemik Covid-19 ini untuk dilatih dan ditempatkan dalam sektor berkenaan menerusi sebuah program khas.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, program latihan kemahiran dan penempatan pekerja melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu dibangunkan dengan keutamaan diberi kepada:

  • Pekerja tempatan dan latihan reskill (latihan semula) serta upskill (peningkatan kemahiran) akan diberikan.

Kerja Sektor Pembinaan, Latihan Disediakan Melalui Program Khas

PENEMPATAN PEKERJA KETIKA LATIHAN

Pekerja ini akan ditempatkan di Akademi Binaan Malaysia (ABM). Setakat ini, mereka akan ditempatkan di sektor pembinaan selama tiga bulan dan sehingga ini seramai 289 telah dilatih dan ditempatkan kerja.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menjawab soalan tambahan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) yang ingin tahu sama ada kementerian itu ada menjalankan latihan seumpamanya kepada mereka yang hilang pekerjaan di luar sektor pembinaan.

Dengan kebergantungan negara kepada pekerja asing, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengakui sektor itu yang menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor-sektor separa mahir dan mahir, kekurangan pekerja tempatan.

Menjawab soalan asal Robert mengenai bilangan pelatih ABM, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof  berkata sejak ditubuhkan pada tahun 1997, kesemua enam ABM di bawah seliaan CIDB berjaya melatih 146,746 belia dan 274,555 personel binaan dalam pelbagai bidang kemahiran.

“Latihan dalam industri binaan di bawah ABM adalah satu daripada inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerja tempatan. Ia selaras usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.”

Kerja Sektor Pembinaan, Latihan Disediakan Melalui Program Khas

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...