Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Lebih Sedap Dari Pasar Malam. Resepi Roti John Homemade Paling Sedap.

2,250

Rindu Roti John? Kini anda tidak perlu susah hati lagi jika rindukan Roti John pasar malam. Resepi yang dikongsikan ini jauh lebih sedap daripada Roti John pasar malam.

Jom cuba sekarang.

Resepi Roti John Homemade

Sebelum kita buat Roti John paling sedap ini, kita sediakan dahulu bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • 3-4 sudu besar rempah kari
  • Daging ayam hancur
  • Garam
  • Lada sulah
  • Roti
  • Mentega
  • Telur
  • Sayur kobis / timun
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Cheezy Sos
  • Sos black paper

Cara Penyediaan

Anda boleh ikut cara penyediaan seperti didalam gambar.

Tumis bawang holland dan bawang putih.

rj1

Masukkan rempah kari daging. 

rj2

Masukkn daging ayam hancur atau sosej yang siap di basuh.

rj3

Perasakan dengan garam dan lada sulah.

rj4

Belah dua roti tetapi jangan sampai putus. Sapukan mentega.

sapu butter

Panaskan sekejap diatas kuali.

pnas

 

Campurkan bahan yang siap ditumis tadi dengan telur. Kemudian tuangkan ke dalam kuali bersamaan kuantiti roti.

telur

Letakkan roti.

tekap rotiTabur sayur kobis atau timun. Letakkan sos cili, mayonis, cheezy sos dan sos black paper.

tabur kobis

Siap untuk dihidang dan dimakan.

siap

Kalau begini mudah dan sedapnya Roti John Homemade, selepas ini tak perlu lagi beratur panjang untuk menikmati Roti John paling sedap di pasar malam.

Selamat mencuba.

Sumber : Ummu Abdul

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...