Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Lesen Melombong Emas Di Tanah Sendiri Secara Sah

3,955

Kecoh di media sosial mengenai penemuan emas di sebuah kampung di Kuala Lipis Pahang sehinggakan penduduk kampung tersebut mampu membeli kereta secara tunai.

Namun, ianya menjadi sedikit salah faham kerana bahan mineral seperti emas yang dijumpai oleh penduduk kampung walaupun pada tanah sendiri sebenarnya memerlukan lesen untuk dilombong dan menjadi hak kerajaan.

Jadi, bagaimana pula untuk dapatkan lesen melombong secara sah? Dapatkan cara mohon lesen melombong di tanah sendiri seperti yang dinyatakan melalui perkongsian ini.

SEKSYEN 40 KANUN TANAH NEGARA

Mengikut Seksyen 40 Kanun Tanah Negara,

Maka adalah dan hendaklah terletakhak hanya kepada Pihak Berkuasa Negeri semua harta dalam:

  • Semua tanah Kerajaan dalam wilayah-wilayah Negeri itu.
  • Semua galian dan bahan batuan yang terkandung dalam atau atas mana-mana tanah dalam Negeri yang hak kepadanya belum lagi dilupuskan dengan khususnya oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Maksudnya disini, jika tanah hak milik anda mempunyai kandungan bahan mineral seperti emas atau bahan mineral yang berharga, sila maklumkan kepada kerajaan negeri mengenai kewujudannya.

Ia juga menjadi satu kesalahan sekiran anda mengambil bahan mineral tersebut tanpa kebenaran dan permit yang sah daripada pihak berkuasa negeri masing-masing.

Cara Mohon Lesen Melombong Emas Di Tanah Sendiri Secara Sah

CARA MOHON LESEN MELOMBONG DI TANAH SENDIRI

Untuk membuat permohonan lesen melombong di tanah sendiri, anda perlu:

  • Membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.
  • Selepas mendapat lesen Lesen Melombong Tuan Punya daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG), anda perlu membuat permohonan lesen operasi daripada Jabatan Mineral dan Galian (JMG).
  • Pemohon perlu kemukakan skim yang menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan aspek keselamatan untuk mendapatkan bantuan jurutera perlombongan yang berdaftar.
  • Anda perlu membayar royalti kepada kerajaan negeri sekitar 2.5% daripada keuntungan hasil perlombongan.

Cara Mohon Lesen Melombong Emas Di Tanah Sendiri Secara Sah

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...