Loan Rumah BSN OK Tak? Cuba Lihat Skim Perumahan Belia BSN MyHome-I Ini

0

Loan Rumah BSN OK Tak? Bagaimana hendak buat loan rumah dengan BSN? Ya, ini antara soalan popular yang sering diajukan pembeli rumah pertama. Jadi, apa kata anda lihat apa yang ditawarkan oleh BSN dalam Skim Perumahan Belia BSN MyHome-I ini.

Berita baik buat pasangan suami isteri yang berumur antara 25 hingga 40 tahun dan belum memiliki rumah sendiri. Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah membuka satu peluang buat anda untuk membeli rumah sendiri melalui Skim Perumahan Belia BSN ataupun Youth Housing Scheme YHS.

Skim Perumahan Belia BSN ini sebenarnya merupakan inisiatif daripada BSN, Kerajaan Persekutuan serta kerjasama pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Cegamas.

Skim ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu pasangan yang berusia antara 25 hingga 40 tahun serta berpendapatan kurang daripada RM10 000 sebulan untuk memiliki rumah pertama.

Untuk makluman anda juga, skim ini terhad kepada 20 000 pembeli sahaja. Jadi, anda perlulah segera memohon Skim Perumahan Belia BSN ini.

Tidak tahu bagaimana untuk memohon? Jangan risau! Kami sedia membantu. Dalam artikel ini akan kongsikan Cara Mengemukakan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome-I. Buat anda yang berminat bolehlah mengikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON SKIM PERUMAHAN BELIA BSN

Sebelum anda mengemukakan permohonan, sila teliti dahulu kesemua syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Anda perlulah memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Antara syarat-syarat kelayakan tersebut adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 25 hingga 40 tahun
  • Sudah berkahwin
  • Gaji sebulan tidak lebih daripada RM10 000
  • Belum ada rumah sendiri.
  • Pemegang akaun BSN GIRO atau GIRO-I

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN

Kepada anda yang berminat, ayuhlah kemukan permohonan skim ini dengan segera. Berikut kami kongsikan cara-caranya. Sila turuti langkah-langkah berikut untuk mengemukakan permohonan.

1.) Layari laman web rasmi BSN dan klik pada MyHOME BSN.

2.) Download borang permohonan. Sila klik link di bawah untuk download.

Cara Mengemukakan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome -I

3.) Isi borang tersebut dengan lengkap dan tepat.

4.) Setelah siap diisi, cetak (print) borang tersebut.

5.) Hantar borang permohonan tersebut kepada mana-mana cawangan BSN terdekat.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN SEMASA MEMOHON

Semasa anda menghantar borang permohonan yang telah siap diisi, anda perlu menyertakan beberapa dokumen sokongan bersama dengan borang permohonan tersebut. Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang perlu anda sertakan.

Pemohon Bergaji

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Sijil perkahwinan yang sah
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank tiga bulan terkini
  • Slip gaji dan penyata bank 6 bulan terkini (pendapatan lain)
  • Penyata KWSP

Pemohon Bekerja Sendiri

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Sijil perkahwinan yang sah
  • Pendaftaran syarikat (SSM)
  • Borang B/BE dan resit LHDN
  • Penyata kewangan syarikat
  • Penyata bank syarikat untuk 6 bulan
  • Dokumen lain seperti laporan lawatan tapak dan sebagainya

KELEBIHAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN

Sebenarnya, skim ini bukan sahaja membuka peluang kepada anda untuk memiliki rumah pertama tetapi juga anda bakal memperoleh pelbagai faedah dan kelebihan. Berikut merupakan faedah-faedah ataupun kelebihan yang bakal anda peroleh melalui Skim Perumahan Belia BSN ini.

  • Dikecualikan daripada pembayaran duti setem sebanyak 50% bagi perjanjian pinjaman.
  • Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 untuk pelanggan bagi dua tahun pertama bermula daripada pengeluaran pinjaman yang pertama
  • Pembiayaan sehingga 100 peratus harga pembelian dan sehingga 5 peratus harga pembelian bagi MRTT atau MRTA
  • Pengeculian pembayaran duti setem sebanyak 50 peratus bagi penjanjian pinjaman
  • Pembiayaan sehingga maksimum RM500,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 35 tahun atau umur maksimum 65 tahun

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN MyHOUSE BSN

Bagi anda yang memerlukan lebih banyak maklumat tentang MyHOUSE BSN ini, anda bolehlah menghubungi pihak BSN. Berikut merupakan talian BSN yang boleh anda hubungi.

  • Kunjungi mana-mana cawangan BSN di Malaysia.
  • Kunjungi laman web BSN: www.mybsn.com.my
  • Talian Hotline: 1300 – 88 – 5456.

Ayuhlah segera memohon skim ini sekiranya anda berminat dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Ingat! Ini merupakan peluang keemasan buat anda untuk memiliki rumah sendiri jadi jangan lepaskan peluang ini.

Comments
Loading...