Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

1,916

Pelajar yang ingin mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh mendapatkan bantuan untuk persediaan pengajian IPT seperti yang disediakan oleh pihak MAIWP.

Baca juga: MAIWP: Pilih & Pulang Kasih Asnaf Back To School. Tak Perlu Bayar, Percuma Sahaja

Tetapi, semak dahulu syarat kelayakan dan dapatkan cara mohon seperti yang dikongsikan disini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT

Pelajar daripada golongan asnaf terutamanya yang ingin dapatkan Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP boleh membuat semakan syarat kelayakan seperti berikut:

SYARAT UMUM

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

SYARAT KHUSUS

  • Pengajian Sepenuh Masa / Separuh Masa
  • Peringkat pengajian Sijil sehingga PhD
  • Bidang pengajian diiktiraf oleh MQA dan Kursus yang boleh dibantu (tidak termasuk Kursus Profesional)
  • Permohonan setahun sekali mengikut tempoh pengajian
  • Tempoh pengajian 6 bulan ke atas
  • Bagi bekas pelajar di bawah institusi bawah MAIWP perlu melampirkan surat pengesahan
  • Borang permohonan dan senarai semak borang bantuan sila rujuk laman web MAIWP atau Pusat Agihan Zakat yang berdekatan.(https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-am-pelajaran-ipt-bantuan-persediaan-ipt)

MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT

Sekiranya anda layak membuat permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT, sertakan bersama dokumen berikut untuk lengkapkan permohonan anda:

  • Borang permohonan.
  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
  • Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.

MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
    *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung.

MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

  • Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
  • Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.
  • Satu surat pengesahan pengajian di IPT dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Jabatan Penuntut Malaysia ASAL.
  • Satu surat penajaan IPT samaada mendapat pinjaman / tajaan atau tidak dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Unit Biasiswa dan Kewangan IPT / Jabatan Bendari / Jabatan Penuntut Malaysia (ASAL).
  • Satu salinan pengiktirafan pengajian Jabatan Perkhidmatan Awan / Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia dari Jabatan Akademik Pelajar ( bagi semua IPTS dan IPTA yang mengiktiraf kos professional dan eksekutif sahaja).
  • Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.

LAIN-LAIN DOKUMEN YANG BERKAITAN

Anda juga boleh mengemukakan dokumen lain yang berkaitan dengan permohonan seperti berikut:

MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

Permohonan yang telah siap boleh dihantar beserta dokumen yang lengkap dengan menghadirkan diri ke kaunter Baitulmal MAIWP seperti yang dikongsikan disini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Persediaan Pelajaran IPT MAIWP dan ajukan pertanyaan anda di:

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
    Aras G,1,20,22,
    Bangunan PERKIM No. 150,
    Jalan Ipoh, 51200
    Kuala Lumpur
  • Telefon: 03 4047 9444
  • Faks: 03 4044 9444
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...