Informasi

500,000 Peluang Kerja Dalam Ekonomi Digital Melalui MyDigital

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

19 February 2021
2 min baca
Isi Kandungan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah melancarkan program MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang dijangka membuka 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital, gabungan inisiatif dan sasaran merentasi tiga fasa pelaksanaan hingga 2030.

“Menjelang 2025, ekonomi digital dijangka akan menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.”

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin

3 KOMPONEN UTAMA MYDIGITAL

Ekonomi digital ialah ekonomi yang berasaskan teknologi digital. Ekonomi Thomas Mesenbourg menjelaskan, terdapat tiga komponen utama yang dikenalpasti dapat mendirikan konsep ekonomi digital:

  • Infrastruktur e-perniagaan (perkakasan, perisian, rangkaian dan sebagainya).
  • e-perniagaan (bagaimana perniagaan tersebut dijalankan melalui rangkaian berbantukan komputer).
  • e-dagangan (peralihan atau pengangkutan bahan yang sedang dijual beli).

50,000 Peluang Kerja Dalam Ekonomi Digital Melalui MyDigital

PELUANG PEKERJAAN MYDIGITAL

Terdapat sehingga 500,000 peluang pekerjaan disediakan selaras dengan pelancaran dan pelaksanaan program MyDIGITAL ini.

Peluang pekerjaan ini terhasil daripada pelaburan syarikat digital terkemuka dunia seperti:

  • PCCW Solutions
  • Clarivate serta Jardine Schindler Group
  • ThunderSoft

USAHA KERAJAAN MENINGKATKAN KEMAMPUAN DIGITAL

Kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan kemampuan digital ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 seperti:

  • Internet 1GB percuma setiap hari untuk menyokong aktiviti e-pembelajaran dan produktiviti.
  • Memanfaatkan AI dan Big Data dalam menguruskan penyebaran Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
  • Platform agregator pekerjaan digital sebagai peluang kerjaya digital dengan bakat berpotensi yang dikenali sebagai MyDigitalWorkforce
  • Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) melalui Google Microsoft dan Apple.
  • Proses berteknologi untuk mempercepatkan urusan seperti contoh, aplikasi perjalanan dan e-dompet.

MyDIGITAL GOLONGAN B40 & PKS

MyDIGITAL juga membantu golongan B40 dan perusahaan kecil sederhana (PKS) dalam mendepani cabaran ekonomi digital, termasuk inisiatif tersedia yang dilaksana MDEC dengan tujuan memastikan perniagaan kecil dilengkapi kemahiran mencukupi dan inisiatif tersebut ialah:

  • 100GoDigital
  • SME Digital Accelerator
  • Smart Automation Grant
  • SME Digital Quickwins

“Bagi sektor awam pula, semua agensi akan menyediakan kemudahan transaksi tanpa tunai sebagai pilihan utama menjelang 2022.”

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin

SUMBER

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.