Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang Lockdown (15 Jun-28 Jun 2021), Online Melalui mySikap

4,794

Sepanjang tempoh Lockdown yang dilanjutkan bermula 15 Jun hingga 28Jun 2021 mungkin terdapat beberapa urusan yang tergendala terutamanya membabitkan urusan secara bersemuka. Namun terdapat pelbagai inisiatif agar membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar seperti sebelum ini.

Baca juga: 8 Urusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Secara Online. Tak Perlu Lagi Ke Kuanter

Antaranya ialah urusan renew lesen dan roadtax yang membabitkan Jabatan Pengangkutan Jalan. Namun anda semua tetap boleh renew lesen dan roadtax secara online melalui mySIKAP.

Jom dapatkan langkah-langkah renew lesen dan roadtax anda secara online melalui mySIKAP. Mudah dan cepat, tak perlu ke kaunter.

2 JENIS PENGGUNA mySIKAP

Terdapat 2 jenis pengguna mySIKAP iaitu:

eID ADVANCE

  • Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan.
  • PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
  • Boleh menggunakan SEMUA 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

eID STANDARD

  • Untuk eID Standard, anda tidak  perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan.
  • TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar.
  • Namun anda hanya boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

SENARAI PERKHIDMATAN PORTAL mySIKAP

Antara perkhidmatan yang boleh anda gunakan melalui Portal mySIKAP ialah:

  1. Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  2. Permohonan pembaharuan dan renew lesen kenderaan motor (LKM)
  3. Permohonan Pengisytiharan Kenderaan Tidak Beroperasi
  4.  Semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini atau beli no plate terkini
  5. Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran (No Plat)
  6. Permohonan Pek Maklumat Kenderaan
  7. Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran total Loss
  8. Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran Hilang atau Kena Curi
  9. Permohonan Mendapatkan Status Kenderaan Vintaj atau Kenderaan Klasik
  10. Permohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan
  11. Permohonan Cop Semula No Casis
  12. Permohonan Cop Semula No Enjin
  13. Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah
  14. Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan
  15. Permohonan Permit Memandu Antarabangsa International Driving License)
  16. Permohonan Salinan lesen memandu
  17. Permohonan Pengesahan Lesen Memandu
  18. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)
  19. Permohonan Tukar Hak Milik melalui mysikap jpj (Pemilik Baru)
  20. Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
  21. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Motor (LKM)
  22. Semakan Pertukaran Lesen Memandu
  23. Semakan keputusan Ujian Memandu bahagian 1 atau Vokasional atau Praktikal
  24. Semakan Tarikh Ujian Memandu di Institut Memandu atau Sekolah Memandu (driving School)
  25. Semakan tarikh luput lesen memandu
  26. Semakan pertukaran lesen memandu luar negara (Non Automatic)
  27. Semakan tempoh permit institut Memandu atau Sekolah Memandu
  28. Semakan saman trafik
  29. Semakan senarai hitam jpj
  30. Bayar saman trafik secara online
  31. Permohonan renew lesen dengan mysikap jpj

Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN mySIKAP

Untuk membuat pendafaran sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

  • Masukkan maklumat seperti yang tertera.

Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

  • Masukkan KOD SEKURITI dan klik TERUSKAN.
  • Seterusnya tandakan √ pada kotak pengesahan dan klik HANTAR.
  • Seterusnya klik YA.
  • Semak emel anda untuk dapatkan kata laluan sementara dan gunakan dalam tempoh 7 hari.

Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

CARA LOGIN mySIKAP PERTAMA KALI

Setelah siap membuat pendaftaran, anda boleh log masuk ke Portal mySIKAP seperti berikut:

Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

  • Masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN SEMENTARA yang dihantar ke emel anda.
  • Kemudian cipta KATA LALUAN BARU setelah anda masukkan KATA LALUAN SEMENTARA dan jangan lupa untuk SAHKAN kata laluan baru anda.
  • Seterusnya pilih SOALAN SEKURITI yang diminta dan masukkan jawapan pada setiap soalan.
  • Klik SIMPAN.

Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

  • Akhir sekali, log masuk semula dengan menggunakan kata laluan baru yang telah anda sahkan sebentar tadi.

CARA RENEW ROADTAX ONLINE mySIKAP

Untuk renew roadtax kenderaan anda melalui Portal mySIKAP, anda perlu:

  • Klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  • Pergi ke menu KENDERAAN dan klik PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR
  • Isikan maklumat yang diperlukan, buat pembayaran, semak dan buat pengesahan maklumat.
  • Roadtax anda telah diperbaharui.

CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE mySIKAP

Untuk renew lesen memandu anda melalui Portal mySIKAP pula, anda perlu:

  • Klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  • Pergi ke menu LESEN MEMANDU, klik PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU dan isikan maklumat yang diperlukan.
  • Jangan lupa buat pembayaran, semak dan sahkan.
  • Akhirnya, lesen memandu anda telah siap diperbaharui!

Selamat mencuba!

Baca juga: Bantuan Pakej Pelan Data & Diskaun Peranti Pelajar IPT B40

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...