Nombor IC Anda Digunakan Individu Lain Untuk Pendaftaran BPN? Ikut Langkah Ini Untuk Buat Laporan Polis

114

Pendaftaran BPN

Link untuk mendaftar telah berjaya anda masuki. Namun tiba-tiba ketika anda memasukkan nombor kad pengenalan anda, terpapar di skrin menyatakan bahawa kad pengenalan yang anda masukkan telah pun digunakan untuk permohonan.

Kemudian anda mencuba lagi namun paparan yang keluar tetap menyatakan bahawa nombor kad pengenalan anda telah digunakan oleh orang lain untuk membuat permohonan.

IC hilang

Adakah Nombor Kad Pengenalan Digunakan Orang Lain?

Anda dinasihatkan untuk tidak panik terlebih dahulu jika anda mendapat paparan bahawa nombor kad pengenalan anda telah digunakan untuk memohon bantuan.

Terdapat pelbagai kemungkinan sekiranya perkara ini berlaku. Antaranya ialah kemungkinan ada yang tersilap meletakkan nombor kad pengenalan walaupun satu nombor dan terus menghantar kepada sistem tanpa membuat semakan berulangkali.

Ini juga terjadi apabila anda memasukkan nombor mykid anak-anak anda. Ada kemungkinan nombor mykid anak anda juga didapati telah diguna oleh pemohon yang lain.

Kemungkinan juga ada orang lain yang tidak bertanggungjawab menggunakan maklumat anda dan anak anda untuk memohon bantuan BPN ini.

Bagaimana cara nya untuk anda selesaikan masalah ini?

Sebelum itu,apa kata kita lihat masalah yang dikemukakan ini dan cadangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

mygcc22

Langkah Penyelesaian

Untuk menyelesaikan perkara ini, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menasihati orang ramai yang mempunyai masalah seperti ini untuk membuat laporan di balai polis yang berdekatan.

Sebelum anda pergi ke balai polis, anda dinasihatkan supaya memastikan dengan teliti bahawa kad pengenalan anda atau anak anda benar-benar digunakan oleh orang lain dengan memastikan nombor tersebut dimasukkan dengan betul.

Seterusnya anda screenshot paparan yang telah dipaparkan terlebih dahulu dan anda boleh tunjukkan kepada polis yang bertugas untuk membuat laporan sebagai bukti bahawa kad pengenalan anda atau anak anda telah digunakan oleh orang lain.

Ini adalah supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

polis

Sumber : https://www.facebook.com/MyGCC

Comments
Loading...