Informasi

Panduan Cara Transfer Maybank2u Tanpa TAC Number

Hang Tuah

Hang Tuah

Ketua Editor

29 December 2017
1 min baca
Isi Kandungan

Khas untuk anda yang tekanan setiap kali tunggu TAC Maybank tak kunjung tiba, berikut panduan cara transfer Maybank2u tanpa perlukan TAC number.

Semoga perkongsian ini memudahkan anda untuk transfer duit terutama bila tiba hari gaji.

Cara Transfer Maybank2u Tanpa TAC Number

Pastikan anda baca juga: Pendaftaran ASB Online Melalui Portal MyASNB 2018

1. Download Maybank2u App di Google Play atau App Store

2. Pergi ke ruangan Me. Aktifkan ‘Secure2u’ dan ikut langkah-langkah yang dipaparkan.

3. Masukkan IC anda.

4. Masukkan password yang dihantar melalui SMS.

5. Siap. Kemudian logout dari M2U App dan terus buka browser untuk login ke web Maybank2u.

6. Login ke Maybank2u, kemudian cuba transfer duit ke akaun siapa-siapa sahaja.

7. Klik rungan “Secure Verification”.

8. Semak app Maybank2u tadi untuk sahkan transaksi tersebut. Klik Approve.

9. Kalau tak dapat apa-apa notification sila klik pada “tiga line” seperti dalam gambar.

10. Klik pada “Secure2u”. Anda akan dapat notification untuk approve di situ.

11. Transaksi berjaya. Jangan lupa logout dari kedua-dua app Maybank2u dan web M2U.

Panduan ini dikongsikan oleh Muhammad Khairul di Facebook beliau. Semoga bermanfaat. Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi Maybank2u.

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.