Cara Mudah Tukar File Format PDF Ke Format Microsoft Word

0

Pada zaman perkembangan ICT ini, adalah mudah buat anda untuk mencari apa jua maklumat yang diingini. Segala maklumat tersedia di hujung jari anda. Anda hanya perlu klik dan pelbagai maklumat daripada bermacam sumber telah pun tersedia.

Namun, tidak dapat dinafikan maklumat-maklumat yang dicari sama ada menggunakan Google, Yahoo atau lain-lain medium ini kebanyakannya berbentuk PDF. Format PDF lebih bersifat melindungi privasi sesuatu dokumen itu.

Oleh itu, PDF ini agak menyukarkan anda kerana anda tidak boleh melakukan apa jua jenis editing walaupun memadam satu huruf daripada dokumen tersebut. Untuk tujuan editing, anda perlulah menukar file PDF tersebut kepada file Microsoft Word.

Ramai yang menganggap proses converting ini sangat susah dan memakan masa walhal jika anda tahu cara yang betul, prosesnya adalah sangat mudah dan mengambil masa sekejap sahaja.

Cara Mudah Tukar File Format PDF Ke Format Microsoft Word

Dalam artikel ini akan kami kongsikan Cara Mudah Untuk Tukarkan File Format PDF Kepada Format Microsoft Word. Cara yang akan kami kongsi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan apa-apa software. Anda hanya perlu melakukan proses converting ini secara online dan seterusnya download file tersebut setelah siap.

Kami turut menyediakan gambar bagi setiap langkah untuk memudahkan anda. Berikut merupakan cara-caranya. Selamat mencuba!

1.) Sila klik link di bawah untuk convert file secara online. Pilih “PDF to WORD”.

Cara Mudah Untuk Tukarkan File Format PDF Kepada Format Micrososft Word

2.) Upload (Muat naik) dokumen PDF yang ingin anda convert kepada Word.

Cara Mudah Untuk Tukarkan File Format PDF Kepada Format Micrososft Word

3.) Dokumen anda akan ditukarkan secara automatik

Cara Mudah Untuk Tukarkan File Format PDF Kepada Format Micrososft Word

4.) Setelah siap ditukarkan, anda perlu klik butang “Download File” untuk memuat turun file tersebut yang sudah siap ditukar kepada file Microsoft Word.

Cara Mudah Untuk Tukarkan File Format PDF Kepada Format Micrososft Word

Kini, anda sudah mengetahui cara mudah untuk menukarkan atau convert file PDF kepada file Microsoft Words. Mudah dan cepat bukan? Selamat mencuba cara yang dikongsikan ini!

Comments
Loading...