Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 & DH41 KPT Semenanjung. Mohon Segera Melalui SPP

3,554

Suruhanjaya Perkhidatan Pendidikan (SPP) membuka peluang kepada anda untuk mengisi kekosoangan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan DH41 di Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi di Semenanjung dalam pelbagai bidang.

Urusan pengambilan telah dibuka sehinggga tarikh akhir permohonan iaitu pada 23 Mac 2021, hari Selasa.

Baca juga: Cara Mohon 10 Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Teluk Intan

Berminat? Dapatkan cara membuat permohonan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan DH41 melalui perkongsian ini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29 & DH41

Tarikh tutup untuk permohonan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan DH41 ialah:

  • 23 Mac 2021 / Selasa

INFO RINGKAS JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29 & DH41

Jawatan ini ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan jawatan ini berada dalam kumpulan perkhidmatan Pengurusan dan Profesional.

Gaji yang ditawarkan ialah:

PPPT GRED DH41

  • Gaji minimum: RM1,916.31
  • Gaji maksimum: RM5,474.81
  • Kadar kenaikan gaji: RM225.00

PPPT GRED DH29

  • Gaji minimum: RM1,588.45
  • Gaji maksimum: RM3,575.92
  • Kadar kenaikan gaji: RM145.00

Taraf jawatan: TETAP

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  • Pengurusan pelajar
  • Pengurusan organisasi
  • Pengurusan dasar
  • Penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat
  • Jaringan dan kolaborasi
  • Pengurusan sumber manusia.

SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat umum kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

CARA MOHON JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29 & DH41

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan dengan mySPP untuk jawatan ini, anda hanya perlu :

  • Klik pautan ini : Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)
  • Isi permohonan baru dan tidak dibenarkan menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN yang digunakan untuk log masuk ke JobsMalaysia sebelum ini.
  • Dapatkan MYID dan daftarkan akaun baru anda dengan menggunakan MYID sebelum mengisi permohonan dan klik DAFTAR BAHARU.
  • Seterusnya sila lengkapkan maklumat yang diperlukan dan masukkan KOD KESELAMATAN.
  • Klik DAFTAR dan klik DAFTAR MASUK untuk kemaskini maklumat anda.
  • Klik SIMPAN bagi setiap maklumat yang telah dikemaskini.
    Masukkan JAWATAN DIMOHON, klik SIMPAN.
  • Klik bahagian PENGAKUAN PEMOHON, klik SAYA SETUJU dan klik HANTAR.
  • Paparan slip akan keluar seperti dibawah. Cetak slip ini dan simpan.
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN dan lihat permohonan yang telah didaftarkan.
  • Permohonan anda selesai.

SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29 & DH41

SYARAT KELAYAKAN UNTUK PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29

  • Diploma dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 : RM 1,588.45).
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,661.95)
  • Calon-calon yang memiliki Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,735.44)
  • Diploma dalam bidang pertanian/ kejuruteraan/ senibina/ ukur bahan/ ukur tanah/ ukur bangunan/ seni bina landskap/ perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,735.44).
  • Calon-calon yang memiliki Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,808.94).
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,120.73)
  • Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94).
  • Ijazah sarjana muda kepujian dengan pendidikan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94).
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94).
  • Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,325.14).
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94);
  • Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,325.14)
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan/ ukur bahan/ ukur tanah/ ukur bangunan/ seni bina landskap/ perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,325.14).
  • Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,427.35).
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,529.56).
  • Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,631.77).
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,733.98).
  • Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,836.19).
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,836.19).
  • Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,938.40).
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,938.40).
  • Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM3,040.60).
  • Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,631.77).
  • Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,733.98).
  • Ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,938.40).
  • Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM3,040.60).
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

BIDANG & KELAYAKAN

Bidang dan kelayakan yang ditawarkan ialah:

Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 & DH41 KPT Semenanjung. Mohon Segera Melalui SPP

 

Rujuk: Cara Daftar MySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

INFO JAWATAN TERKINI

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong seluruh Malaysia, anda boleh layari laman berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut mengenai jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29 & DH41, anda boleh hubungi :

  • Talian Hotline mySPP : 03-8091 4019 / 4020 / 4021 / 402
  • Waktu operasi : Isnin – Jumaat / 8 pagi – 5 petang
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam : SPP (SISPAA-SPP)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...