Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Buat Laporan Jika Penjual Letakkan Had Minima Pembelian Melalui Kad Kredit

944

Menurut undang-undang, peniaga/penjual tidak boleh meletakkan sebarang had minima bagi pembelian melalui kad kredit.

Walaupun barang yang dibeli bawah RM30, anda boleh membayarnya menggunakan kad kredit.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Bank Negara Malaysia.

Had Minima Pembelian Melalui Kad Kredit

“Hai BNM! Saya ada soalan – adakah sah jika peniaga menetapkan had bagi pembayaran dengan menggunakan kad kredit/debit? Saya telah melihat beberapa kedai menetapkan jumlah minima RM50 bagi transaksi melalui kad”.

Berikut merupakan respon yang diberikan oleh wakil BNM.

had minima pembelian kad kredit

“Peniaga adalah dilarang untuk mengenakan jumlah pembelian minima bagi pembelian barangan menggunakan pembayaran kad. Larangan ini termaktub di dalam skema peraturan yang ditetapkan oleh skema pembayaran kad seperti Mastercard dan Visa. Peraturan skema ini boleh didapati melalui laman sesawang skema tersebut”.

“Jika anda berhadapan dengan peniaga yang mengenakan amaun pembelian minima untuk pembayaran melalui kad, anda boleh membuat laporan dengan memberikan maklumat seperti berikut kepada kami”.

  1. Nama peniaga:
  2. Alamat:
  3. Nama pemeroleh (boleh didapati pada resit transaksi pembayaran kad):
  4. Jenis aduan:

Setelah diteliti T&C Mastercard dan Visa ternyata kedua-dua syarikat ini tidak membenarkan peniaga untuk menetapkan had tertentu bagi pembelian melalui kad kredit.

Di bawah Seksyen 1.5.5.1, Peraturan Teras Visa dan Produk Visa Peraturan Perkhidmatan menyatakan bahawa “Peniaga tidak berhak menetapkan jumlah minima atau maksima sebagai syarat kepada Kad Visa atau Kad Elektron Visa”.

Baca juga: Permohonan Bantuan RM200 Setiap Bulan Untuk Ibu-Ibu

Bagi syarikat Mastercard pula, di bawah Seksyen 5.11.3 di bawah Fasal 5, “Peniaga tidak perlu, atau menyatakan bahawa ia memerlukan jumlah transaksi minima atau maksima untuk menerima Mastercard atau Kad Maestro yang sah dan benar”.

Sebenarnya, peniaga perlu membayar sejumlah wang untuk setiap transaksi kad yang berlaku. Fi pertukaran bagi kad kredit dan debit adalah berbeza di Malaysia. Pada kadar yang minima, peniaga perlu membayar fi pertukaran sebanyak 0.21% bagi setiap transaksi kad debit.

Jumlah keseluruhan boleh meningkat dan segelintir peniaga tidak gemar untuk membayar sejumlah wang tertentu bagi pembelian barangan yang berharga RM5 sahaja.

bank negara malaysia

Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) mengeluarkan keterangan bahawa pihaknya tidak menyokong tindakan sebegitu dan akan melakukan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan peniaga tidak meletakkan caj minima bagi transaksi menggunakan kad.

Malah, ABM turut mendedahkan bahawa ahli-ahli persatuannya akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang gagal untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Jadi, jika anda berhadapan dengan situasi seperti di atas, anda boleh membuat laporan kepada BNM dengan memberikan butiran yang diperlukan.

Anda juga boleh menghubungi BNM di talian 1-300-88-5465 atau layari laman sesawang BNM untuk maklumat lanjut.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...