Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PERKESO: Pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) Kepada Majikan

3,170

Memahami kesulitan yang dialami oleh para majikan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberikan pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) kepada majikan yang membuat pendaftaran.

Untuk mendapat pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB), majikan perlu membuat pendaftaran mulai Isnin hingga 30 Jun 2021.

Oleh itu, para majikan perlu membuat pendaftaran dengan cepat untuk mendapatkan pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dengan segera.

TARIKH PENDAFTARAN FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR (FCLB)

Majikan boleh membuat pendaftaran Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) bermula:

  • Isnin hingga 30 Jun 2021

INFO RINGKAS FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR (FCLB)

Majikan dikenakan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) kerana majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya.

Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.

CARA MEMBUAT RAYUAN FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR (FCLB)

Untuk membuat rayuan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB), ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

PERKESO: Pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) Kepada Majikan

  • Klik PERKESO – Caruman/SIP – Caruman
  • Klik FCLB
  • Klik Permintaan untuk rayuan
  • Tandakan Notis ID FCLB
  • Klik Pilih
  • Klik Simpan dan teruskan
  • Klik Tambah Dokumen (Surat Rasmi/Rayuan)
  • Klik Simpan dan Teruskan
  • Klik Hantar
  • Klik Pengesahan

DISKAUN KEPADA MAJIKAN

“Pengecualian itu terpakai kepada pendaftaran di bawah kedua-dua Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).”

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

Majikan yang telah melewati tempoh tersebut pula, diskaun akan diberikan kepada kompaun yang dikenakan.

Ia juga bertujuan meringankan beban kewangan majikan kerana Perkeso sedia maklum kesukaran dihadapi majikan dalam situasi pandemik Covid-19.

Baca juga: Jadual Penuh Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2021. Rujuk Disini

PERKESO LUASKAN SKOP LIPUTAN AKTA 4

Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 487,706 majikan aktif berdaftar di bawah Akta 4 dengan 8.57 juta pekerja kini mendapat perlindungan Perkeso.

Perkeso telah memperluaskan skop liputan Akta 4 kepada pekerja asing yang bekerja secara sah di negara ini berkuat kuasa 1 Januari 2019, di mana seramai 1.6 juta pekerja asing telah didaftarkan sehingga kini.

Sekiranya didakwa di mahkamah dan disabit kesalahan, majikan boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Majikan juga akan dikenakan faedah pada kadar enam peratus setahun di atas caruman yang lewat dibayar jika lewat mendaftar dalam tempoh ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) PERKESO melalui:

PERKESO: Pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) Kepada Majikan

Baca juga: Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021, MyFutureJobs PERKESO. Lebih 500 Kekosongan Jawatan Menanti Anda

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...