Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Roadtax & Lesen Memandu Diberi Pengecualian Pembaharuan Bemula 1 Februari Hingga 31 Mac 2021

4,100

Berikutan PKP 2.0 sehingga 4 Februari 2021 ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan bahawa semua kenderaan persendirian sekali lagi diberi pengecualian untuk memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu kompeten (CDL) yang tamat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP), berkuat kuasa 1 Februari hingga 31 Mac ini.

Wah! Ini adalah berita baik buat anda yang mungkin puas memikirkan cara untuk renew lesen dan roadtax kenderaan anda yang mungkit tamat dalam tempoh pelaksanaan PKP 2.0 ini.

Tetapi jangan risau, anda juga boleh renew lesen memandu dan roadtax kenderaan anda secara online sahaja iaitu melalui Portal mySIKAP. Dapatkan tutorial untuk membuat pendaftaran seterusnya renew lesen dan roadtax anda secara online disini.

Seperi sedia maklum juga, pengecualian yang sama sebelum ini pernah diberikan ketika pelaksanaan PKP 1.0, bermula 25 Mac hingga 30 September lalu.

TARIKH PENGECUALIAN MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU & ROADTAX

  • 1 Februari hingga 31 Mac 2021

TEMPOH PERBAHARUAI LESEN MEMANDU & ROADTAX

Anda juga diingatkan untuk memperbaharui lesen memandu dan roadtax kenderaan anda dalam tempoh:

  • 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan iaitu sehingga 30 April 2021.

Anda masih boleh memandu kenderaan walaupun LKM atau CDL tamat tempoh tersebut. Namun anda perlu membawa bersama salinan sijil perlindungan insurans yang masih sah untuk ditunjukkan kepada penguat kuasa polis sekiranya diminta ketika sekatan jalan raya.

TUJUAN PENGECUALIAN PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU & ROADTAX KENDERAAN

Tujuan pengecualian pembaharuan lesen memandu dan roadtax kenderaan sepanjang PKP 2.0 ialah:

  • Memastikan orang ramai mematuhi prosedur SOP
  • Elakkan kesesakan urusan di kaunter
  • Mengelakkan penulaan wabak Covid-19
  • Perkhidmatan operasi di kaunter telah dihadkan

KATEGORI PENGECUALIAN PEMBAHARUAN

Antara pengecualian pembaharuan lesen memandu dan roadtax yang diberikan ialah:

  • Semua LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) dan LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)
Nota: Pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan yang berkaitan mereka dibenarkan di bawah jadual perkhidmatan perlu (essential services).

Bagi pemilik kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV), anda boleh membuat pembaharuan di semua kaunter, pejabat JPJ, APAD, LPKP Sabah dan LPKP Sarawak di sepanjang tempoh PKP.

Roadtax & Lesen Memandu Diberi Pengecualian Pembaharuan Bemula 1 Februari Hingga 31 Mac 2021

Baca juga: Terkini, Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Februari Ini

MAKLUMAT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan pengecualian pembaharuan lesen memandu dan roadtax kenderaan sepanjang tempoh PKP 2.0, sila hubungi JPJ yang berdekatan atau:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...