Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pentingnya Objektif Kerjaya Dalam Resume. Ini Contoh Dan Cara Buat.

10,330

Apakah Objektif Kerjaya?

Objektif kerjaya adalah salah satu komponen resume yang menerangkan secara ringkas kemahiran, pengalaman dan kebolehan yang ada pada anda.

Objektif kerjaya ini biasanya diletakkan dibahagian atas resume dan dinyatakan dengan ringkas dan padat.

Sesuaikan  objektif anda dengan jawatan yang dipohon. Dapatkan kata kunci yang sesuai untuk diletakkan di dalam objektif untuk menjadikan ianya menarik perhatian majikan dan membuktikan bahawa anda adalah calon yang dicari mereka.

tulis resume

Cara Membuat Objektif Kerjaya

Anda boleh mengikuti langkah-langkah ini untuk menghasilkan objektif kerjaya yang berkesan :

  • Ringkas dan padat
  • Sesuaikan dengan jawatan yang dipohon
  • Masukkan kelebihan anda
  • Masukkan maklumat berkaitan
  • Ceritakan nilai anda

1. Ringkas dan padat

Hadkan objektif anda kepada dua hingga tiga ayat untuk memastikan Pengurus Sumber Manusia dapat membacanya dengan cepat. Pastikan ayat tidak melalut dan pastikan ianya ringkas dan padat dengan maklumat penting sahaja.

2. Sesuaikan dengan jawatan yang dipohon

Pastikan objektif anda berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Masukkan kemahiran tertentu untuk menunjukkan anda layak dan sesuai dengan jawatan tersebut.

3. Masukkan kelebihan anda

Dengan memasukkan kelebihan anda, anda dapat menunjukkan bagaimana anda dapat menjalankan tugas dengan lebih baik daripada orang lain. Sebutkan beberapa kemahiran seperti anda seorang yang kreatif, boleh bekerja tanpa pengawasan, boleh menyelesaikan masalah dan berdedikasi.

4. Masukkan maklumat berkaitan

Sekiranya jawatan tersebut amat mementingkan pendidikan dan pengalaman, masukkan serba sedikit tentang maklumat yang berkaitan seringkas mungkin di dalam objektif.

5. Ceritakan nilai anda

Ceritakan nilai atau kelebihan anda sekiranya anda bekerja di syarikat tersebut seperti anda boleh menyempurnakan misi syarikat, membantu perkembangan syarikat, bercita-cita untuk bekerja sehingga ke peringkat yang tertinggi dan sumbangan anda untuk kemajuan syarikat atau organisasi tersebut.

Ingat, masukkan secara ringkas dan padat.

objektif

Contoh Objektif Kerjaya

Berikut beberapa contoh objektif dalam beberapa bidang yang berlainan.

Jururawat berdaftar

Mempunyai diploma dan lesen dalam bidang kejururawatan dan berpengalaman selama 7 tahun dalam perkhidmatan. Boleh bekerja tanpa pengawasan dan boleh mengikut shift yang dijadualkan. Ingin meningkatkan kemahiran dalam bidang kejururawatan dan perkhidmatan kepada pesakit dan mengurangkan risiko di tempat kerja seperti yang digariskan.

Akauntan

Seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Akauntan daripada UITM. Berpengalaman menyediakan beberapa pulangan cukai untuk syarikat ketika internship dan membantu menjalankan audit serta dapat mengenal pasti potensi simpanan sebanyak RM50,000. Ingin memanfaatkan kemahiran dan pengalaman sebagai seorang akauntan di MT Financial.

Kerani kemasukan data

Merupakan lulusan dari Kolej Komuniti Kulim dengan pengalaman dalam semua program Microsoft Office. Sangat mahir berkomunikasi secara lisan dan bertulis dan bersemangat tinggi untuk berjaya. Mahir menggunakan sistem Autocount untuk menyimpan data dan sangat berkemahiran untuk menaip dengan laju.

Pengurus projek

Pengurus projek yang diperakui sangat mahir dengan kemahiran yang bertauliah dalam pengurusan projek pembinaan. Sejak 11 tahun lalu, projek pembinaan dilaksanakan secara konsisten dan tepat pada waktunya dan menjimatkan kos. Mencari peluang untuk memanfaatkan kemahiran yang sedia ada dengan projek  pembinaan bangunan bersama Castille Construction Services.

Pengurusan Sumber Manusia

Sangat berpengalaman dalam pengurusan sumber manusia di syarikat SoulAve. Berpengalaman menemuduga calon pekerja syarikat, dokumentasi pekerja serta pemeriksaan cap jari pekerja.  Mencari peluang sebagai Pembantu Pengurusan Sumber Manusia sambilan dengan kemahiran dan pengalaman yang ada.

Juruteknik teknologi maklumat

Juruteknik teknologi maklumat yang boleh dipercayai dan berpengalaman dengan pengalaman lebih dari 15 tahun. Berpengalaman menguruskan kakitangan IT untuk syarikat telekomunikasi, meningkatkan kepuasan pelanggan sebanyak 23% sambil mengurangkan panggilan balik. Menguruskan projek IT selama enam bulan, meningkatkan rangkaian hotel dan keselamatan data.

Pengurus kedai runcit

Terbukti dengan pengalaman 12 tahun menguruskan beberapa cawangan kedai Speedmart. Ingin melaksanakan amalan pangkalan data inventori dalam talian yang telah mengurangkan pengeluaran sisa untuk cawangan sebelum ini. Kemahiran interpersonal yang kuat, minat terhadap makanan dan rekod membantu meningkatkan pengurusan peruncitan dengan kemas dan berjaya.

manager

Pentingnya objektif kerjaya di dalam resume perlu diambil berat kerana kebanyakan majikan akan terus membaca objektif anda untuk menjimatkan masa mereka. Mungkin majikan mempunyai ramai calon dan sekiranya objektif anda menepati kehendak mereka, anda berpotensi disenarai pendek untuk dipanggil temuduga dan berpeluang untuk menjawat jawatan yang dipohon.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...