Cara Permohonan Jawatan Anggota Bomba Bagi Lepasan SPM/STPM Serta Pemegang Diploma/Ijazah Terbuka Buat Lelaki dan Wanita

0

Buat makluman anda semua, setiap tahun, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima jutaan permohonan bagi jawatan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan. Pelbagai kementerian serta jabatan menawarkan jawatan dalam SPA. Salah satunya adalah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia membuka permohonan jawatan kosong buat warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan ini dibuka sepanjang tahun serta terbuka kepada lelaki dan juga wanita. Permohonan juga sah dalam tempoh setahun.

Permohonan jawatan dalam Jabatan Bomba ini boleh dibuat secara online sahaja. Anda yang berminat boleh mengisi permohonan dalam laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA).

Ketahui jawatan-jawatan yang ditawarkan untuk permohonan, cara mengemukakan permohonan, syarat-syarat kelayakan memohon serta bidang tugas bagi setiap jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dalam artikel ini.

bomba

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN OLEH JABATAN BOMBA

Berikut merupakan jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang boleh anda pohon.

  • Pegawai Bomba KB19
  • Penolong Penguasa Bomba KB29
  • Penguasa Bomba KB41

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA BOMBA

Sebelum memohon, anda perlulah tahu serta memenuhi semua syarat-syarat kelayakan memohon yang telah ditetapkan ini. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

1.) Pegawai Bomba KB19

  • Berumur kurang daripada 18 tahun ketika tarikh permohonan ditutup.
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,360.00)
  • Bekas anggota tentera dan berpangkat sekurang-kurangnya Prebet yang berpengalaman sebagai Aerofireman Driver kelas 1 dan jawatan tersebut telah disahkan, mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan mempunyai kebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji: RM1,360.00)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,416.40)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,472.80)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.
  • Lulus dalam ujian yang ditetapkan Ketua Perkhidmatan seperti:
  • Mengangkat berat seberat 54 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita.
  • Menjulang dan menegakkan tangga ajax
  • Menaiki tangga penyelamat setinggi 16.5 m.
  • Memanjat tali

2.) Penolong Penguasa Bomba KB29

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki STPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,493.00)
  • Memiliki STAM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,493.00)
  • Bekas anggota tentera sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan, berpengalaman sebagai Aerofiremn Driver Class 1 dan telah disahkan jawatan tersebut serta rekod perkhidmatan baik. (Gaji: RM1,493.00)
  • Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf kerajaan dari IPT tempatan atau kelayakan setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,770.95)
  • Memiliki Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf kerajaan dari IPT tempatan atau kelayakan setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,846.15)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.
  • Lulus dalam ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang berkhidmat sebagai Pegawai bomba boleh memohon untuk lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan jawatan dengan syarat:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun.

3.) Penguasa Bomba KB41

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh permohonan tamat.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,081.00)
  • Bekas anggota tentera yang berpangkat sekurang-kurangnya Leftanen Muda, berkhidmat sebagai juruterbang dan telah disahkan jawatan serta rekod perkhidmatan baik. (Gaji: RM2,081.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,285.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,387.21)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang perikanan, pertanian dan holtikultur yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,390.37)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-lain setaraf yang diiktiraf.
  • Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan.

Syarat Permohonan Secara Lantikan

Pegawai yang berkhidmat sebagai Penolong Penguasa Bomba boleh memohon untuk lantikan ke jawatan Penguasa Bomba KB41 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan jawatan dengan syarat:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun

BIDANG TUGAS SETIAP JAWATAN

Anda juga perlu ambil tahu bidang tugas setiap jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bagi menunjukkan bahawa diri anda telah brsedia untuk menjawat jawatan ini. Berikut merupakan bidang tugas tersebut.

1.) Pegawai Bomba KB19

  • Melaksanakan operasi pemadaman dan menyelamat
  • Menyelenggara jentera bomba
  • Mengendalikan pam bomba
  • Melaksana tugas pemanduan jentera
  • Membuat kerja di bilik Kawalan dan Pengawasan
  • Penolong Penguasa Bomba KB29

2.) Penolong Penguasa Bomba KB29

  • Mengemaskini pengurusan operasi kebombaan
  • Mengawalselia pengurusan latihan kemahiran
  • Mengurus personel di balai
  • Melaksana aktiviti pencegahan dalam kawasan jagaan balai

3.) Penguasa Bomba KB41

  • Memantau operasi pemadaman supaya mencapai standard
  • Membuat pemeriksaan bagi tujuan menghapuskan kebakaran
  • Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru
  • Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan
  • Mengurus pembinaan balai-balai bomba baru

CARA MEMOHON JAWATAN ANGGOTA BOMBA

Bagi anda yang berminat untuk memohon, anda bolehlah mengisi permohonan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan. Sila klik link di bawah untuk mengisi permohonan.

permohonan anggota JPJ 1

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA BOMBA

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan ini, anda boleh layari laman web rasmi SPA dan juga laman web rasmi Jabatan Bomba. Klik yang disediakan di bawah

Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/web/guest/home

portal rasmi spa

Laman web rasmi Jabatan Bomba: http://www.bomba.gov.my/

bomba

Mohonlah segera jika anda berminat dengan jawatan ini. Jangan lepaskan peluang keemasan yang tersedia ini. Semoga permohonan anda berjaya!

Comments
Loading...