Cara Kemaskini Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 Secara Online

0

Untuk makluman, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini telah masih dikekalkan oleh kerajaan sekarang tetapi telah ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup (BSH).

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad baru-baru ini, penerima BSH akan diteliti semula dan akan lebih diperketatkan untuk memastikan hanya yang betul-betul layak sahaja boleh menerima bantuan ini.

Perkara ini telah menjadi persoalan buat kebanyakan penerima-penerima BR1M sebelum ini. Mereka tertanya-tanya sama ada mereka masih layak secara automatik untuk menerima bantuan ini pada tahun hadapan atau tidak.

SEMAKAN KELAYAKAN MENERIMA BSH

Untuk mengetahui sama ada anda masih layak menerima Bantuan Sara Hidup atau tidak, anda bolehlah membuat semakan di portal rasmi BSH. Klik pada bahagian semakan. Kemudian, masukkan Nombor Pengenalan anda untuk menyemak status anda. Klik link yang disediakan untuk menyemak status kelayakan BSH anda.

Bagi anda yang tidak lagi layak menerima bantuan ini, anda masih boleh membuat rayuan untuk menerima BSH. Namun, anda perlulah mengemaskini maklumat-maklumat peribadi anda yang terdapat dalam sistem BSH tersebut.

MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI DALAM BSH

Terdapat beberapa maklumat yang perlu anda kemaskini sebelum anda membuat rayuan permohonan semula BSH. Berikut merupakan senarai maklumat yang perlu dikemaskini tersebut.

  • Status Perkahwinan (Sama ada berkahwin, bujang, bercerai, kematian pasangan dan sebagainya.)
  • Alamat surat-menyurat terkini
  • Emel aktif dan terkini
  • Nombor telefon rumah dan telefon bimbit
  • Maklumat akaun bank (Nama bank, nombor akaun dan sebagainya)
  • Maklumat pasangan dan tanggungan

CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP

Tidak sukar sebenarnya untuk anda mengemaskini maklumat-maklumat untuk Bantuan Sara Hidup ini. Proses kemaskini ini boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi BSH.

Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah ini. Kami turut sertakan gambar bagi setiap langkah tersebut bagi memudahkan anda. Jadi, anda hanya perlu mengikut langkah seperti yang ditunjukkan dalam setiap gambar tersebut. Berikut merupakan langkah-langkahnya.

1.) Layari laman web rasmi BSH. Klik link yang disediakan di bawah.

Cara Mengemaskini Maklumat Untuk Bantuan Sara Hidup Bagi Tahun 2019

2.) Klik bahagian BORANG seterusnya pilih KEMASKINI MAKLUMAT.

Cara Mengemaskini Maklumat Untuk Bantuan Sara Hidup Bagi Tahun 2019

3.) Masukkan nombor kad pengenalan anda.

4.) Kemaskini maklumat pada borang tersebut dengan tepat dan betul.

Cara Mengemaskini Maklumat Untuk Bantuan Sara Hidup Bagi Tahun 2019

Sila pastikan maklumat yang anda isi itu semuanya tepat dan betul. Sekiranya terdapat kesalahan tiga kali berturut-turut, anda akan disekat daripada sistem ini dan jika ini terjadi, anda perlulah merujuk LHDN bagi tujuan mengaktifkan semula akaun anda.

Jadi, anda perlulah mengemaskini setiap perubahan yang berlaku pada butiran maklumat anda. Hal ini demi memastikan tidak berlaku sebarang masalah dalam proses pembayaran BSH kelak.

Comments
Loading...