Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Bentara Mesyuarat Gred N29 Dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM Dan HSC

0

Saban tahun, statistik permohonan jawatan dalam sektor kerajaan daripada graduan di negara ini semakin meningkat. Hal ini adalah kerana gaji yang ditawarakan dalam sektor kerajaan sangat lumayan. Bukan itu sahaja, pekerja dalam sektor kerajaan juga mendapat banyak manfaat lain seperti elaun COLA, elaun rumah dan sebagainya.

Pelbagai jawatan dalam sektor kerajaan ditawarkan dalam laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Graduan yang berminat untuk bekerja dengan sektor kerajaan hanya perlu melayari laman web ini serta memilih jawatan yang ditawarkan berdasarkan minat serta kelayakan anda. Gred bagi jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kelayakan akademik seperti SPM, STPM, Diploma dan sebagainya.

Salah satu jawatan yang terdapat dalam senarai tawaran jawatan SPA adalah Bentara Mesyuarat Gred N29. Bentara Mesyuarat N29 berperanan membantu menyelaras dan menyemak semua Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) kepada pegawai-pegawai bertugas. Jawatan ini diletakkan di bawah kumpulan Pelaksana. Sijil STPM atau Diploma atau sijil lain yang setaraf diperlukan untuk memohon jawatan ini.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara online sepanjang tahun melalui laman web rasmi SPA. Anda boleh memohon pada bila-bila masa tetapi tempoh sah laku permohonan anda hanya setahun. Ambilan juga akan dijalankan berkala. Setiap kali ada kekosongan dalam jawatan ini, ambilan akan dijalankan.

Dapatkan panduan lengkap permohonan jawatan Bentara Mesyuarat N29, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Bentara Mesyuarat N29 dengan membaca artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN JAWATAN BENTARA MESYUARAT N29

Pastikan anda ketahui syarat-syarat kelayakan permohonan jawatan Bentara Mesyuarat N29 terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan. Anda juga perlu memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan ini. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

BIDANG TUGAS BENTARA MESYUARAT N29

Selain mengetahui syarat-syarat kelayakan memohon, anda juga wajib tahu bidang tugas Bentara Mesyuarat N29 sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut merupakan bidang tugas Bentara Mesyuarat N29.

  • Membantu menyelaras dan menyemak semua Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) sebelum diedarkan oleh Bentara Parlimen.
  • Menentukan Bentara Parlimen mengedar AUM kepada pegawai- pegawai
    bertugas Kementerian pada waktu pagi mulai 7.30 pagi.
  • Membantu menyelaras di dalam pengurusan dan mentadbir hal- hal pentadbiran harian dan latihan anggotaanggota cawangan Bentara.
  • Membantu mengurus dan memelihara Cokmar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.
    Membantu dalam penyelarasan hal-hal Personel Cawangan
    Bentara.
  • Membantu menyelaraskan pengendalian pengurusan kualiti dan ISO untuk Cawangan Bentara.
  • Mengendalikan program lawatan khususnya pelajarpelajar sekolah serta memberi taklimat kepada mereka.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Terdapat beberapa jawatan yang ditawarkan oleh SPA mempunyai peperiksaan. Peperiksaan ini perlu diambil oleh calon yang permohonannya berjaya. Jadi, jika jawatan yang anda pohon tersebut terdapat peperiksaan, anda perlulah membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini.

Peperiksaan ini terbahagi kepada tiga seksyen iaitu seksyen pengetahuan am, seksyen daya penyelesaian masalah dan juga seksyen ujian psikometrik.

Seterusnya, calon yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil pula untuk menduduki temuduga. Dalam temuduga, calon akan dinilai dalam aspek kebolehan berkomunikasi, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon serta kesediaan anda untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN BENTARA MESYUARAT N29

Untuk memohon, sila isi permohonan anda di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Sila klik link yang disediakan untuk anda isi permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN BENTARA MESYUARAT N29

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan jawatan Bentara Mesyuarat N29, anda boleh layari laman web rasmi SPA. Klik link yang telah disediakan di bawah.

Untuk pengetahuan anda, ambilan bagi tahun ini belum dibuka secara rasmi. Ambilan akan dibuka nanti apabila terdapat kekosongan dalam jawatan ini. Selamat berjaya diucapkan kepada anda yang memohon.

Comments
Loading...