Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Kemuka Permohonan Jawatan Anggota Kastam Bagi Lepasan SPM, STPM Dan Ijazah Terbuka Untuk Lelaki Dan Wanita.

0 5,232

Berita baik buat anda yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga membuka peluang pekerjaan buat semua pencari kerja di Malaysia. Untuk anda yang berminat memohon jawatan kosong yang ditawarkan Kastam, anda boleh mengemukakan permohonan secara online melalui portal SPA Malaysia. Untuk makluman anda, jawatan yang ditawarkan adalah terbuka untuk lelaki dan wanita pelbagai kelayakan

Di bawah merupakan panduan permohonan untuk memudahkan anda memohon setiap jawatan yang ditawarkan. Sebelum memohon pastikan anda membaca panduan ini terlebih dahulu.

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN

Berikut merupakan jawatan-jawatan yang dibuka oleh pihak Kastam Diraja Malaysia untuk permohonan.

  • Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
  • Penolong Penguasa Kastam gred WK29
  • Penguasa Kastam Gred WK41

KASTAM

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA KASTAM BAGI LEPASAN SPM, STPM DAN IJAZAH

1.) Pembantu Penguasa Kastam WK19

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun ketika tarikh permohonan tamat.
  • Memiliki SPM atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dengan mendapat Kepujian dalam subjek Matematik. (Gaji: RM1,353.00)
  • Memiliki SPM atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf degannya dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,409.40)
  • Memiliki SPM atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf degannya dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,465.80)
  • Memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2.) Penolong Penguasa Kastam WK29

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika permohonan tutup.
  • Memiliki STPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,498.00)
  • Memiliki STAM atau kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf (Gaji: RM1,498.00)
  • Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan di IPT tempatan atau kelayakan lain yang diiktiraf (Gaji: RM1,776.08)
  • Memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Pembantu Penguasa Kastam WK19 boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan jawatan dengan syarat:

  • Memiliki kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus peperiksaan khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa adalah 58 tahun.
  • Berumur kurang daripada 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa adalah 60 tahun.

3.) Penguasa Kastam Gred WK41

  • Berumur kurang daripada 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada IPT tempatan atau kelayakan lain yang diiktiraf. (Gaji: RM2,094.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian daripada IPT tempatan atau kelayakan lain yang diiktiraf. (Gaji: RM2,300.73)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada IPT tempatan atau kelayakan lain yang diiktiraf. (Gaji: RM2,819.63)
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf kerajaan. (Gaji: RM2,819.63)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Perakaunan daripada IPT tempatan atau kelayakan lain yang diiktiraf. (Gaji: RM2,923.41)
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji: RM3,027.19)
  • Memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Penguasa Kastam WK29 boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Kastam WK41 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan jawatan dengan syarat:

  • Memiliki kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus peperiksaan khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa adalah 58 tahun.
  • Berumur kurang daripada 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa adalah 60 tahun.

BIDANG TUGAS BAGI SETIAP JAWATAN ANGGOTA KASTAM

1.) Pembantu Penguasa Kastam WK19

  • Memeriksa barangan yang diimport/dieksport.
  • Memeriksa bagasi penumpang yang keluar/ masuk pintu sempadan
  • Mengawal pergerakan barangan keluar/ masuk kawasan zon bebas.
  • Menjalankan tugas juruwang dan mengutip duti
  • Pengintipan, serbuan serta rondaan.
  • Membantu dalam tugas pentadbiran biasa.

2.) Penolong Penguasa Kastam WK29

  • Menyediakan laporan harga dan menyelenggara doket harga agensi.
  • Mengawal pergerakan barangan kedai bebas cukai.
  • Mengawal penyimpanan, perolehan dan pelupusan.
  • Menyemak invois syarikat
  • Menyelenggara penyata bayaran.

3.) Penguasa Kastam WK41

  • Memperjenis barangan mengikut takrif.
  • Memproses serta meluluskan permohonan import/ eksport.
  • Memproses permohonan lesen gudang eksais
  • Mengaudit akaun syarikat.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA KASTAM

Untuk membuat permohonan bagi jawatan-jawatan Kastam yang telah dinyatakan di atas, anda boleh melayari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Tekan link di bawah.

Portal permohonan SPA: https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Untuk panduan lengkap memohon, sila rujuk pautan berikut : Cara Memohon Di Laman SPA

permohonan anggota kastam 1

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA KASTAM

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan ini, anda boleh layari laman web rasmi SPA serta laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia (KDRM). Anda boleh tekan link-link berikut:

Portal rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/web/guest/home

permohonan jawatan anggota kastam 2

Portal rasmi kastam: http://www.customs.gov.my/en

permohonan jawatan anggota kastam 3

Permohonan ini akan dibuka sepanjang tahun. Anda bolehlah memohon pada bila-bila masa. Untuk anda yang berminat, mohonlah segera. Kami doakan permohonan anda berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...