Permohonan Lanjut Moratorium Bank Islam Bagi Golongan B40, M40 & Perusahaan Mikro Dibuka

1,059

Pada Bajet 2021 yang lalu, rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan mereka menantikan pengumuman mengenai moratorium sama ada dilanjutkan atau tidak. Namun, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa moratorium yang dilanjutkan adalah berbentuk bersasar iaitu dengan syarat yang tertentu seperti golongan yang benar terjejas dan kurang pendapatan sahaja.

Hanya bank-bank tertentu sahaja yang melanjutkan moratorium kepada golongan bersasar ini dan telah ada permohonan untuk lanjutan moratorium serta diluluskan oleh pihak bank untuk meringankan beban peminjam.

Bermula hari ini Bank Islam Berhad menerima permohonan bagi Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang Ditambah Baik (ETRA) daripada golongan yang terjejas teruk akibat Covid-19 seperti berikut:

  • B40
  • M40
  • Perusahaan mikro

CARA MEMBUAT PERMOHONAN MORATORIUM BANK ISLAM

Menurut kenyataan Bank Islam, para pelanggan yang ingin membuat permohonan moratorium boleh layari laman web berikut:

BORANG PERMOHONAN

  • Seterusnya lengkapkan e-borang atau imbas kod yang tertera bagi pemohon kategori individu.
  • Bagi pemohon PKS pula, perlu kunjungi cawangan Bank Islam yang terdekat atau hubungi Pusat Panggilan Pelanggan Bank terlebih dahulu.

Lanjut Moratorium Bank Islam Bagi Golongan B40, M40 & Perusahaan Mikro

KELAYAKAN PERMOHONAN MORATORIUM BANK ISLAM

Mereka yang layak untuk memohon Moratorium ini adalah:

  • Pelanggan Bank Islam yang mengalami masalah  atau kekangan kewangan untuk meneruskan pembayaran ansuran bulanan semasa adalah layak memohon.

Pra-syarat untuk memohon Penjadualan/Penstrukturan Semula adalah seperti berikut:

  • Semua jenis pembiayaan individu.
  • Pelanggan yang tidak dikategorikan sebagai BANKRAP.
  • Akaun pembiayaan pelanggan tidak dikategorikan sebagai akaun penjadualan semula di bawah program AKPK.
Nota: Pelanggan di bawah program Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (“AKPK”) perlu merujuk kepada pihak AKPK sekiranya memerlukan penjadualan semula.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN MORATORIUM BANK ISLAM

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan moratorium Bank Islam ialah:

  • Borang Penjadualan/Penstrukturan Semula yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pelanggan.

Serta sediakan dokumen berdasarkan kategori berikut:

Bekerja Makan Gaji

  • Penyata gaji pelanggan untuk 3 bulan terkini
    (suami/isteri jika berkaitan) (e-slip gaji berserta logo
    syarikat boleh diterima), atau
  • Surat pengesahan daripada Sumber Manusia / Majikan, atau
  • Penyata KWSP (e-penyata KWSP boleh diterima), atau
  • Borang EA yang terkini, atau
  • Borang BE yang terkini.

Bekerja Sendiri

  • Borang B terkini, atau
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terkini, atau
  • Penyata Kewangan Diaudit Tahun terkini.

Bekerja Sendiri Tetapi Tiada Dokumen Sokongan

  • Surat akuan bersumpah yang menyatakan pelanggan bekerja sendiri.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Islam di:

  • Telefon: 03-2690 0900
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...