Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pemeriksa Cap Jari N19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 2,234

Salah satu jawatan dalam sektor kerajaan yang dibuka untuk permohonan adalah Pemeriksa Cap Jari Gred N19. Pemeriksa Cap Jari N19 merupakan jawatan yang terletak di bawah pebagai kementerian serta jabatan kerajaan. Pembantu Cap Jari N19 berperanan dalam menyimpan data-data dan fail-fail berkaitan cap jari.

Bagi anda yang berminat dengan jawatan ini bolehlah mengemukakan permohonan. Untuk makluman anda, permohonan perlu dilakukan secara online di laman web rasmi SPA sepanjang tahun. Permohonan bebas dilakukan pada bila-bila masa tetapi tempoh sah permohonan adalah selama setahun. Permohonan perlu dibuat semula jika melebihi satu tahun.

Syarat kelayakan akademik yang diperlukan bagi memohon jawatan ini adalah memiliki sijil SPM atau sijil-sijil lain yang setaraf dengannya. Untuk pengetahuan anda juga, ambilan bagi jawatan ini turut dibuka sepanjang tahun. Ambilan akan dijalankan sekiranya ada kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan.

Bagi tahun ini, ambilan masih belum dibuka. Ambilan akan dibuka kelak sekiranya ada kekosongan bagi jawatan Pemeriksa Cap Jari N19 ini di mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan.

Dalam artikel ini, anda akan diberi panduan lengkap permohonan jawatan Pemeriksa Cap Jari N19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Pemeriksa Cap Jari N19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMERIKSA CAP JARI N19

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pemeriksa Cap Jari N19. Sebelum memohon, pastikan anda tahu serta memenuhi semua syarat-syarat ini.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Kepujian dalam salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMERIKSAN CAP JARI N19

Sebelum memohon, pastikan anda berpengetahuan tentang tugas-tugas Pemeriksa Cap Jari N19. Berikut merupakan bidang tugas Pemeriksa Cap jari N19.

  • Bertanggungjawab mengadakan/menyimpan data-data dan fail-fail cap jari,
  • Menyiapkan/menyediakan dan menaip surat-menyurat berkenaan cap jari yang diterima,
  • Membuat pemeriksaan dan bandingan cap-cap jari dan mendaftar cap jari yang mana kes-kes mereka telah selesai.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Untuk semua calon yang permohonannya berjaya, anda perlu melalui tapisan seterusnya iaitu peperiksaan perkhidmatan awam (tertakluk kepada jawatan yang anda mohon kerana hanya beberapa jawatan sahaja yang terdapat peperiksaan). Anda perlu duduki peperiksaan ini secara online dan akan diuji dalam beberapa aspek seperti pengetahuan am, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah.

Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini untuk memastikan anda dipanggil temuduga. Jika anda lulus, anda akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. Persediaan rapi sangat diperlukan kerana dalam temuduga ini kebolehan berkomunikasi serta pengetahuan tentang jawatan yang anda pohon akan diuji.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMERIKSA CAP JARI N19

Untuk mengemukakan permohonan, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan di bawah.

permohonan

Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMERIKSA CAP JARI N19

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Pemeriksa Cap Jari N19? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

laman web rasmi spa

Bagi anda yang berminat untuk mengemukakan permohonan jawatan ini, mohonlah segera.Jangan tunggu lagi! Semoga berjaya diucapkan kepada anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...