Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Kesihatan Awam U19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,284

Kementerian Kesihatan Malaysia membuka peluang pekerjaan yang boleh anda mohon. Jawatan yang ditawarkan adalah Pembantu Kesihatan Awam Gred U19. Jadi, jika anda sedang mencari kerja dan berminat untuk bekerja di sektor kerajaan, ini merupakan peluang yang sangat berharga untuk anda.

Anda yang berminat dengan jawatan Pembantu Kesihatan Awam U19 ini bolehlah mengemukakan permohonan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan perlu dilakukan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan. Anda hanya perlu memiliki sijil SPM sebagai syarat akademik.

Berita baik buat anda kerana anda boleh memohon pada bila-bila masa sahaja. Tiada tarikh tutup permohonan kerana permohonan bagi jawatan ini dibuka sepanjang tahun. Permohonan anda ini akan sah selama satu tahun. Ambilan juga dibuka sepanjang tahun.

Namun, ambilan secara rasmi belum dibuka untuk tahun ini. Ambilan akan dijalankan apabila terdapat kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian serta jabatan kerajaan.

Seandainya anda berminat untuk memohon atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang permohonan jawatan ini, pastikan anda membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Kesihatan Awam U19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Kesihatan Awam U19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19

Anda perlu mengetahui syarat-syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum anda memohon. Anda juga perlu memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan ini. Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Kelayakan lantikan untuk kegunaan Pihak berkuasa Tempatan)
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: 1,360.00; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan ialah pada Gred U19: 1,418.12)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • Lulus peperiksaan Khas; dan
  • Had umur pelantikan:
    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

BIDANG TUGAS PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19

Untuk anda yang ingin memohon, anda perlu tahu tugas-tugas Pembantu Kesihatan Awam U19. Pembantu Kesihatan Awam U19 bukan sahaja bertanggungjawab dalam urusan kesihatan tetapi lebih daripada itu. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Kesihatan Awam U19.

  • Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan air limbah;
  • Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan sisa pepejal;
  • Pengawalan mutu air minum luar bandar termasuk membantu dalam penguatkuasaan Akta Air Minum;
  • Terlibat dalam pengawalan kesihatan alam sekitar dan program perlindungan alam sekitar.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Calon yang permohonannya berjaya akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (jika jawatan yang anda pohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini perlu dijawab secara online. Anda akan diuji dengan beberapa aspek seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan Pembantu Kesihatan Awam U19 ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah.

Bagi tapisan berikutnya, calon yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akan dipanggil untuk temuduga. Temuduga ini bertujuan bagi membuktikan kesediaan anda untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan dan juga untuk menguji kebolehan berkomunikasi anda.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19

Bagi tujuan permohonan, sila layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Anda perlu isi permohonan anda di laman web ini. Sila klik link yang disediakan untuk anda isi permohonan di SPA8i.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda perlu layari laman web rasmi SPA. Link untuk ke laman web rasmi SPA disediakan di bawah.

Kepada anda yang memohon, kami ucapkan selamat berjaya. Kepada anda yang belum memohon tetapi ingin memohon jawatan ini, jangan tunggu lagi. mohonlah segera!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...