Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,640

Berminat untuk menjadi penjawat awam? Satu peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan terbuka untuk anda iaitu dalam jawatan Pembantu Penyelidik Q19. Bagi memohon jawatan ini, sijil SPM serta kelayakan lain yang setaraf diperlukan sebagai syarat kelayakan akademik. Permohonan boleh dibuat secara online.

Permohonan bagi jawatan Pembantu Penyelidik Q19 dibuka sepanjang tahun. Tiada tarikh tutup permohonan. Namun, permohonan tersebut hanya sah dalam tempoh satu tahun. Permohonan perlu dibuat semula apabila melebihi tempoh setahun.

Ambilan bagi jawatan ini juga dijalankan sepanjang tahun. Ambilan hanya akan dijalankan apabila terdapat kekosongan jawatan Pembantu Penyelidik Q19 di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan. Untuk makluman, ambilan tahun ini belum dibuka. Anda perlulah isi permohonan terlebih dahulu dan nantikan ambilan bagi jawatan ini dibuka.

Ketahui cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Penyelidik Q19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Penyelidik Q19 dengan cara membaca artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PENYELIDIK Q19

Pastikan anda teliti syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Syarat-syarat kelayakan ini juga perlulah dipenuhi untuk membolehkan permohonan dibuat. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q19: RM1,355.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q19: RM1,355.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q19: RM1,411.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q19: RM1,467.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENYELIDIK Q19

Adalah menjadi satu kewajiban buat anda yang ingin memohon jawatan ini untuk tahu tugas-tugas Pembantu Penyelidik Q19. Antara bidang tugas Pembantu Penyelidik Q19 adalah seperti berikut.

  • Membantu dalam kajian penyelidikan dalam kegiatan dan projek-projek penyelidikan, penyimpan dan mengemaskini inventori berkenaan sebarang projek.
  • Membantu dalam proses persampelan di dalam dan luar makmal serta mengawasi disiplin kakitangan bawahan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Pemohon yang berjaya akan menduduki peperiksaan (jika jawatan ini ada peperiksaan). Hanya beberapa jawatan sahaja dalam SPA yang ada peperiksaan. Selebihnya tidak ada peperiksaan. Peperiksaan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Calon yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Temuduga diadakan bertujuan untuk menguji kebolehan berkomunikasi calon dan juga pengetahuan tentang jawatan yang dipohon.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENYELIDIK Q19

Permohonan perlu diisi secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Sila klik link yang disediakan di bawah untuk mengisi permohonan anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran pekerja di laman SPA, sila rujuk Manual Pendaftaran Pekerja

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENYELIDIK Q19

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan jawatan ini, sila layari laman web rasmi SPA. Sila klik link yang disediakan berikut.

Bagi anda yang berminat, kemukakanlah permohonan ini dengan segera kerana jika ambilan dibuka, anda berpeluang untuk dipilih bagi menjawat jawatan ini. Selamat berjaya diucapkan kepada anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...