Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,956

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat peluang pekerjaan yang begitu banyak dalam sektor kerajaan yang boleh dipohon. Senarai kerjaya ini boleh didapati di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Jawatan Pembantu Pustakawan S19 merupakan salah satu jawatan yang ada dalam senarai permohonan jawatan sektor kerajaan di laman web rasmi SPA. Pembantu Pustakawan S19 bertugas di dalam perpustakaan tidak kiralah sama ada perpustakaan awam mahupun perpustakaan desa dan berperanan sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan.

Jika berminat, anda boleh memohon secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tempoh permohonan sah selama satu tahun.

Ambilan juga dibuka sepanjang tahun. Ambilan hanya akan dijalankan sekiranya terdapat kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan. Bagi tahun 2018, ambilan belum dibuka dan akan dibuka kelak setelah ada kekosongan.

Dapatkan panduan lengkap tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Pustakawan S19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Pembantu Pustakawan S19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

Adalah wajib bagi pemohon untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini. Pemohon juga perlulah memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan ini. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan tersebut.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

Selain daripada berperanan sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan, Pembantu Pustakawan juga turut menjalankan tugas-tugas yang lain. Antara tugas-tugas Pembantu Pustakawan S19 adalah seperti berikut.

  • Berfungsi sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan;
  • Berfungsi sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan;
  • Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran; dan
  • Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Seandainya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan, permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan. Tidak semua jawatan yang ditawarkan oleh SPA ada peperiksaan. Hanya sesetengah jawatan sahaja. Persediaan rapi bagi menghadapi peperiksaan ini perlulah dibuat. Peperiksaan ini dijalankan secara online dan merangkumi tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Jika lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini, calon akan dipanggil pula untuk ,menghadiri temuduga. Calon perlulah bersedia dan menonjolkan kebolehan anda semasa sesi temuduga ini dijalankan.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

Untuk memohon, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang telah disediakan di bawah.

Untuk panduan lebih lanjut tentang cara-cara mengisi permohonan dalam SPA8i, sila rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan Pembantu Pustakawan S19, sila layari laman web rasmi SPA. Klik link yang telah disediakan di bawah.

Bagi yang berminat, mohonlah dengan segera. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Selamat berjaya diucapkan kepada anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...