Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Veterinar Gred G19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,730

Pembantu Veterinar Gred G19 merupakan satu jawatan sektor kerajaan yang terletak di bawah kendalian Kementerian Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Tugas utama Pembantu Veterinar G19 adalah menjalankan tugas-tugas pengurusan serta kesihatan haiwan.

Sukacita dimaklumkan bahawa anda boleh memohon jawatan Pembantu Veterinar G19 ini jika anda berminat. Syarat kelayakan akademik yang perlu anda ada bagi memohon jawatan ini ialah sijil SPM atau sijil-sijil lain yang setaraf dengannya.

Permohonan bagi jawatan ini perlu dibuat secara online sepanjang tahun melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta mempunyai tempoh sah laku selama satu tahun. Permohonan perlu dibuat semula jika tempoh melebihi setahun.

Adalah dimaklumkan juga bahawa tiada tarikh tetap dalam pengambilan bagi jawatan ini. Ambilan hanya akan dilakukan sekiranya terdapat kekosongan dalam jawatan Pembantu Veterinar G19. Ambilan bagi tahun ini belum dibuka. Namun, ambilan akan dibuka sekiranya terdapat kekosongan nanti.

Ingin tahu bagaimana untuk memohon? Pastikan anda baca artikel ini kerana dalam artikel ini, anda akan diberikan panduan lengkap permohonan jawatan Pembantu Veterinar G19, syarat-syarat kelayakan memohon dan bidang tugas Pembantu Veterinar G19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU VETERINAR G19

Anda yang berminat untuk mengemukakan permohonan perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan permohonan terlebih dahulu. Anda juga perlu memenuhi syarat-syarat ini. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00).
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00).
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40).
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU VETERINAR G19

Sebelum memohon, pastikan anda berpengetahuan tentang tugas-tugas Pembantu Veterinar G19. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Veterinar G19.

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan.
  • Melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT).
  • Pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan.
  • Memberi khidmat nasihat ternakan.
  • Pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi calon yang permohonannya berjaya, anda perlu menduduki peperiksaan (sekiranya jawatan yang anda mohon itu terdapat peperiksaan.) Peperiksaan ini akan dijalankan secara online. Anda akan diuji dalam beberapa aspek seperti pengetahuan am, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah.

Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini untuk memastikan anda dipanggil temuduga. Jika anda lulus, anda akan ditemuduga oleh pegawai SPA. Temuduga ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kesediaan anda dalam menggalas tanggungjawab sebagai penjawat awam.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU VETERINAR G19

Untuk mengemukakan permohonan, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan di bawah.

permohonan

Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU VETERINAR G19

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Pembantu Veterinar G19? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

laman web rasmi spa

Bagi anda yang berminat untuk mengemukakan permohonan jawatan ini, mohonlah segera.Jangan tunggu lagi! Semoga berjaya diucapkan kepada anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...