Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pengawas Hutan Gred G19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,685

Setiap tahun, jumlah pencari kerja yang memohon jawatan kosong dalam sektor kerajaan melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semakin bertambah. Hal ini jelas membuktikan bahawa SPA menjadi salah satu laman yang paling diminati oleh warganegara Malaysia dalam mencari kerja.

SPA menawarkan pelbagai jenis jawatan dalam sektor kerajaan. Jawatan-jawatan yang ditawarkan ini juga boleh dipohon dengan pelbagai taraf kelayakan akademik seperti PMR/PT3, SPM, STPM, Diploma, Ijazah dan lain-lain.

Pengawas Hutan Gred G19 merupakan salah satu jawatan yang terdapat dalam senarai jawatan yang ditawarkan oleh pihak SPA. Pengawas Hutan G19 adalah jawatan yang diletakkan di bawah pelbagai kementerian serta jabatan kerajaan. Peranan Pengawas Hutan G19 adalah membantu Renjer Hutan membuat pemantauan terhadap kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal.

Bagi anda yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan secara online di laman web rasmi SPA yang dibuka sepanjang tahun. Syarat kelayakan akademik yang diperlukan bagi memohon jawatan ini adalah mempunyai sijil SPM atau sijil-sijil lain yang setaraf.

Baca artikel ini untukmendapatkan panduan lengkap permohonan jawatan Pengawas Hutan G19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Pengawas Hutan G19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PENGAWAS HUTAN G19

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pengawas Hutan G19. Sebelum memohon, pastikan anda tahu serta memenuhi semua syarat-syarat ini.

  • Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
  • Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PENGAWAS HUTAN G19

Sebelum memohon, pastikan anda berpengetahuan tentang tugas-tugas Pengawas Hutan G19. Berikut merupakan bidang tugas Pengawas Hutan G19.

  • Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi permohonan yang berjaya, calon tersebut perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan. Hanya sesetengah jawatan yang ditawarkan oleh SPA terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini perlu diambil secara online dan akan menguji calon dalam tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam ini akan dipanggil menghadiri temuduga. Persediaan yang secukupnya perlu dilakukan dalam aspek komunikasi dan juga pengetahuan tentang jawatan yang dipohon untuk melihat sejauh mana calon bersedia bagi menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PENGAWAS HUTAN G19

Untuk mengemukakan permohonan, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan di bawah.

permohonan

Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PENGAWAS HUTAN G19

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Pengawas Hutan G19? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

laman web rasmi spa

Untuk pengetahuan anda, ambilan bagi tahun ini belum dibuka dan akan dibuka sekiranya ada kekosongan dalam jawatan ini. Jika berminat, mohonlah segera. Jangan tunggu lagi! Semoga berjaya diucapkan kepada anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...