Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Pertahanan Awam KP19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,603

Terdapat banyak kementerian serta jabatan kerajaan membuka tawaran kerjaya melalui laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jabatan Pertahanan Awam adalah merupakan salah satunya. Jabatan Pertahanan Awam telah membuka tawaran bagi jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19.

Permohonan bagi jawatan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi SPA. Permohonan dibuka sepanjang tahun bermakna tiada tarikh tutup untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan ini. Tempoh sah laku permohonan adalah selama satu tahun. Jika melebihi tempoh setahun, permohonan perlu diisi semula.

Ambilan bagi jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun. Ambilan hanya akan dijalankan sekiranya terdapat kekosongan jawatan ini dalam Jabatan Pertahanan Awam. Ambilan bagi tahun ini juga belum dibuka dan akan dibuka kelak apabila ada kekosongan jawatan ini.

Untuk pengetahuan anda, permohonan jawatan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia sama ada lelaki ataupun wanita. Untuk memohon, anda perlu ada sijil SPM atau sijil-sijil lain yang setaraf sebagai syarat kelayakan akademik.

Ketahui lebih lanjut tentang panduan lengkap permohonan jawatan Pembantu Pertahanan Awam KP19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Pembantu Pertahanan Awam KP19 dengan cara membaca artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PERTAHANAN AWAM KP19

Anda perlu mengetahui dan memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan jawatan ini terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PERTAHANAN AWAM KP19

Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Pertahanan Awam KP19. Anda perlu ambil tahu bidang tugas Pembantu Pertahanan Awam KP19 jika anda ingin memohon jawatan ini.

  • Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran / kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Calon yang permohonannya berjaya perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan. Hanya sesetengah jawatan yang ditawarkan oleh SPA terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini perlu diambil secara online dan akan menguji calon dalam tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Selepas itu, calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam ini akan dipanggil menghadiri temuduga. Persediaan yang secukupnya perlu dilakukan dalam aspek komunikasi dan juga pengetahuan tentang jawatan yang dipohon untuk melihat sejauh mana calon bersedia bagi menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERTAHANAN AWAM KP19

Untuk anda yang ingin memohon jawatan ini, sila layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda. Klik link di bawah.

Bagi mendapatkan panduan tentang pengisian permohonan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERTAHANAN AWAM KP19

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan jawatan ini, sila layari laman web rasmi SPA. Klik link yang disediakan di bawah.

laman web rasmi spaJangan tunggu lagi! Mohonlah jawatan ini dengan segera. Ini merupakan peluang keemasan anda untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Selamat berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...