Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Pinjaman Perumahan Penjawat Awam 2018

0 1,595

Bagi penjawat awam yang ingin membeli rumah tahun ini, anda boleh cuba mohon pinjaman perumahan penjawat awam 2018 atau LPPSA.

Untuk makluman, LPPSA menyediakan pinjaman perumahan sehingga RM700 ribu!

Bagi yang belum tahu, LPPSA merupakan institusi untuk staf kerajaan membuat pinjaman rumah melalui pembiayaan istimewa yang dicetuskan oleh kerajaan.

Keistimewaan LPPSA

1. Pinjaman Perumahan sehingga 100% Pembiayaan.

  • Contoh Loan LPPSA : Harga rumah RM 300,000. Jumlah pembiayaan perumahan juga sehingga RM 300,000.
  • Contoh Loan Bank : Harga rumah RM300,000. Jumlah pembiayaan maksimum sehingga 90% iaitu RM 270,000. Selebihnya harus dibayar dengan bayaran deposit.
  • Kesimpulan : Kita perlu menyediakan bayaran 10% untuk rumah berharga RM 300,000 iaitu RM 30,000.

2. Kadar Faedah atau Interest 4% tetap

  • Loan LPPSA : 4% Interest ataupun Kadar Faedah Setahun.
  • Loan Bank : 4 hingga 7%. Kadar peratusan bank bergantung pada harga rumah. Makin tinggi harga rumah yang dibeli, makin rendah kadar faedah bank dikenakan.
  • Kadar Bank bergantung pada sistem BLR (Base Lending Rate iaitu Base Rate + p.a)
  • Kesimpulan : Kadar Faedah Loan LPPSA sangat rendah dan tetap. Ianya merupakan tawaran yang sukar didapati dari mana mana bank di Malaysia.

3. Tempoh pinjaman (loan tenure)

  • Loan LPPSA : Pinjaman selama 30 tahun (bagi rumah LPPSA pertama), 25 tahun (bagi rumah LPPSA kedua) dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam mencapai 90 tahun

Contoh pengiraan 1 : Abu mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
Loan : 30 tahun
Tamat Loan Abu berumur 60 tahun.

  • Loan Bank : Pinjaman selama 35 tahun dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam 75 tahun.

Contoh pengiraan 1 : Aziz mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
Loan : 35 tahun
Tamat Loan Aziz berumur 65 tahun

Cara Mohon LPPSA

Sebelum memohon LPPSA pastikan anda sudah kenalpasti rumah yang hendak dibeli terlebih dahulu.

Untuk membuat permohonan pinjaman perumahan, anda bolehlah memohon secara online melalui laman web Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu. Sila klik disini SPPB.

Anda haruslah menepati carta alir di bawah bagi meneruskan dengan pembiayaan ini.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi LPPSA di http://www.lppsa.gov.my/

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...