Permohonan TUBE Mega 2020: Modal RM15,000 Disediakan

5,637

Permohonan TUBE Mega 2020 kini dibuka dari 15 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.

TUBE atau Tunas Usahawan Belia Bumiputera merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.

Sebanyak RM155 juta diperuntukkan bagi menjayakan program ini pada tahun 2018 yang lalu.

PERMOHONAN TUBE MEGA 2020

TUBE mula dilaksanakan pada 2014 dan telah disertai oleh 1,436 belia, yang mana 1,424 (99%) daripadanya telah mendaftarkan perniagaan dengan SSM dan menjalankan perniagaan. TUBE dijalankan di 10 kem PLKN di seluruh negara.

Sehingga kini, sejumlah RM36.2 juta nilai jualan dicatatkan dengan 3,257 peluang pekerjaan baharu diwujudkan.

OBJEKTIF PROGRAM TUBE

Antara objektif program ini ialah :

  • Memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia
  • Anjakan paradigma belia dari pekerja kepada pemilik perniagaan dan
  • Membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan.

3 FASA PERLAKSANAAN TUBE

Terdapat 3 fasa perlaksanaan TUBE  iaitu:

1 KETAHANAN JATI DIRI BERKONSEPKAN KETENTERAAN

Dalam fasa pertama, peserta yang layak akan mengikuti latihan fizikal asas ala ketenteraan berkonsepkan bootcamp untuk menguji kecekalan minda, mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan serta semangat kerja berpasukan. Ini sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa menjalankan perniagaan.

2 PENDEDAHAN TERHADAP ILMU KEUSAHAWANAN

Bagi fasa kedua pula, peserta akan didedahkan dengan lanskap perniagaan terkini; termasuk maklumat mengenai jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi untuk memulakan perniagaan. Peserta juga akan mempelajari pelbagai acumen perniagaan termasuk perakaunan asas, pemasaran produk dan perkhidmatan, serta pembentangan idea dan Rancangan Perniagaan (RP) atau business plan.

3 PELAKSANAAN PELAN PERNIAGAAN DAN SISTEM BUDDY

Peserta yang melepasi Fasa 1 dan Fasa 2 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa di Fasa 2. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau menerusi Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia. Tempoh bimbingan dan pemantauan ini yang mengambil masa selama 12 bulan bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi, supaya perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan.

Permohonan TUBE Mega 2020 boleh dibuat di portal rasmi TUBE atau layari https://tube.smecorp.gov.my/

TARIKH PERMOHONAN SECARA ONLINE

Permohonan TUBE secara online dibuka mulai :

  • 15 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020 sahaja
  • Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.
  • Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN TUBE 2020

  • Permohonan dalam talian : 15 Oktober 2020 – 25 Oktober 2020
  • Saringan permohonan : November 2020
  • Sesi temuduga : November 2020
  • Latihan dalam talian : Januari – Mac 2021 (secara berperingkat)
  • Pelaksanaan perniagaan & pemantauan (Fasa 3) : Mei 2021 – April 2021 (mengikut batch latihan dalam talian)

SYARAT KELAYAKAN TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE)

“Saya sangat berminat dengan program TUBE ini, boleh saya tahu apakah syarat kelayakan yang diperlukan?”

Peserta perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah :

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 – 30 tahun pada tarikh tutup permohonan dalam talian;
  • Sekiranya telah mendaftar perniagaan hendaklah kurang dari 12 bulan / Sekiranya belum mendaftar perniagaan, pemohon telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan dan tidak melebihi 12 bulan
  • Hanya mengambil kira pendaftaran perniagaan kali pertama. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira
  • Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang 12 bulan. Sekiranya terpilih, surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dibawa semasa Sesi Temuduga.
  • Sihat tubuh badan / tidak hamil dan komited untuk mengikuti latihan secara dalam talian
  • Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis / senaraihitam oleh bank;
  • Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon
  • Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak.
  • Bagi pemohon pasangan suami isteri, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan. Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri untuk setiap pengambilan.
  • Pemohon tidak bekerja / telah diberhentikan kerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan
  • Pemohon tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.
    Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran / telah diberhentikan kerja, namun mempunyai minat mendalam menjalankan perniagaan sebagai kerjaya
Nota : Pemohon hendaklah memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi mana-mana kriteria tersebut di atas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati terdapat kepalsuan maklumat yang dikemukakan, permohonan akan DIBATALKAN serta merta.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN TUBE 2020

Untuk membuat permohonan TUBE 2020 ini, anda perlu :

  • Layari laman web : https://tube.smecorp.gov.my/
  • Klik PENDAFTARAN ID PENGGUNA. Seterusnya lakukan pendaftaran.
  • Pastikan emel yang digunakan semasa pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
  • Lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang SAH & HANTAR.
  • Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang SAH & HANTAR.
  • Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.
  • Seterusnya LOG MASUK dengan menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN yang didaftarkan tadi.

JENIS BANTUAN TUBE 2020

Peserta yang layak akan menerima bantuan TUBE  2020 seperti berikut :

  • Latihan asas untuk menjalankan perniagaan
  • Layak dipertimbangkan Geran Memulakan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan
  • Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui Buddy System oleh Kaunselor Perniagaan selama 12 bulan. Selepas tamat tempoh pemantauan, adalah diharapkan syarikat telah mempunyai asas perniagaan yang kukuh dan boleh mengendalikan perniagaan secara lebih efektif dan cekap; dan
  • Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank untuk memperkembangkan perniagaan yang dijalankan.

Permohonan TUBE Mega: Modal RM15,000 Disediakan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...