Permohonan UPSI Lepasan SPM Sesi 2020/2021 ~ Diploma Awal Pendidikan Kanak-Kanak & Pelbagai Kursus Lain

0 98

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan salah satu institusi pengajian tinggi tertua di Malaysia yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

UPSI asalnya ditubuhkan pada tahun 1922 sebagai kolej guru, UPSI kemudian dikenali sebagai Kolej Latihan Sultan Idris (SITC).

UPSI telah dinaik taraf kepada status universiti pada tahun 1997 seiring dengan perancangan oleh Malaysia untuk menambah bilangan guru siswazah di sekolah rendah dan menengah.

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan kursus lepasan ijazah dan lepasan ijazah dalam lapan fakulti yang mengkhususkan diri dalam bidang Muzik dan Persembahan, Perniagaan dan Ekonomi, Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bahasa, Sains dan Teknologi, Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Sains Sukan.

Di bawah moto “Komited untuk Membuat Perbezaan dalam Pendidikan”, UPSI berhasrat untuk menjadi sebuah Universiti yang berprestij yang menyediakan kepimpinan yang luar biasa dalam pendidikan melalui pemupukan pengetahuan melalui pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan perkhidmatan komuniti untuk menghasilkan graduan yang berwibawa tinggi dalam memenuhi global perubahan.

Buat anda yang berminat, bolehlah mengemukakan permohonan untuk menyambung pengajian di UPSI. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Cara Permohonan UPSI Lepasan SPM Sesi 2020/2021 sebagai panduan buat anda untuk memohon.

Permohonan UPSI 2020/2021

Untuk makluman anda, permohonan untuk masuk ke UPSI ini perlu dilakukan di laman UPU. Anda perlulah membeli nombor pin UPU untuk mengemukakan permohonan. Setelah memiliki nombor pin, anda bolehlah mengisi permohonan secara online di laman web UPU. Berikut kami kongsikan link ke laman web UPU.

Tarikh Tutup Permohonan

Bagi anda yang berminat, kemukakanlah permohonan segera kerana tarikh tutup permohonan ini sudah hampir tiba. Berikut adalah tarikh tutup permohonan UPSI.

  • Tarikh Tutup : APRIL 2020

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum anda mengemukakan permohonan untuk masuk ke UPSI, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan ini. Syarat-syarat ini terbahagi kepada dua iaitu syarat am dan juga syarat akademik kursus. Berikut merupakan syarat am.

  • Lulus SPM dengan Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah (mulai SPM tahun 2013)

Syarat Kelayakan Akademik Kursus

Berikut pula adalah syarat-syarat kelayakan akademik kursus. Syarat akademik kursus adalah syarat yang ditetapkan oleh setiap kursus untuk dimohon.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris

Diploma Teknologi Makmal

  • Mendapat seurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

Diploma Sains (Matematik)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan
  • Gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains Tambahan/ Sains dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan

Diploma Sains

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) subjek iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik dan Elektronik dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

Maklumat Lanjut Tentang Permohonan UPSI

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan permohonan ini, anda boleh terus ke laman web rasmi UPSI. Sila klik link yang kami sediakan di bawah untuk ke laman web rasmi UPSI.

Buat anda yang berminat, jangan tunggu lagi! Kemukakanlah permohonan dengan segera. Kami mendoakan permohonan anda berjaya.

Comments
Loading...