Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pesakit Covid-19 PUI, PUS Pakai Peranti Pengesan Mulai 11 Mac 2021

1,090

Bermula 11 Mac 2021 nanti, pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing bakal dipakaikan peranti pengesanan dengan teknologi terkini.

Sebelum itu, sudahkah anda mendaftar untuk terima Vaksinasi Covid-19? Jika belum, anda boleh mendaftar sekarang melalui laman web atau melalui aplikasi MySejahtera.

Rujuk: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

Dan yang terbaru, Kerajaan Malaysia bersetuju untuk menanggung kos ujian pengesanan Covid-19 kepada pelajar IPT seluruh Malaysia. Pastinya ia adalah percuma buat pelajar IPT.

TARIKH PEMAKAIAN PERANTI PENGESANAN COVID-19

Tarikh pelaksaan pemakaian peranti pengesanan Covid-19 akan bermula pada:

  • 11 Mac 2021

PERUNTUKAN BAHARU AKTA PENCEGAHAN & PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Untuk pengetahuan anda, arahan ini terdapat pada peruntukan baharu iaitu:

  • Seksyen 15A

Ianya merupakan antara lima peruntukan baharu dan lima peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dimasukkan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 bakal berkuatkuasa bermula 11 Mac ini.

Pesakit Covid-19 PUI, PUS Pakai Peranti Pengesan Mulai 11 Mac 2021

TERPAKAI DALAM PENGAWALAN PERGERAKAN ORANG YANG DIJANGKITI

Peruntukan Seksyen 15A itu terpakai dalam pengawalan pergerakan:

  • Orang yang dijangkiti atau mereka yang disyaki (PUI) dijangkiti penyakit berjangkit
  • Kontak kepada kes (PUS) dan diarahkan oleh pegawai diberi kuasa untuk menjalani pengasingan bagi pengawasan dan pemerhatian.
Penggunaan peranti tidak dipakaikan bagi pesakit yang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau di hospital sebaliknya mereka akan memakai gelang pengawasan seperti biasa kerana pengawasan di kedua-dua premis itu adalah lebih mudah.
Pemakaian gelang tangan atau gelang pengawasan yang digunakan semasa wabak Covid-19 ini dikuatkuasakan mengikut peraturan 9(3) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 9) 2020.

Pesakit Covid-19 PUI, PUS Pakai Peranti Pengesan Mulai 11 Mac 2021

PENALTI KEPADA INDIVIDU YANG PAKAI PERANTI PENGESANAN

Selain itu, dibawah Ordinan ini, penalti akan dikenakan ke atas individu yang dipakaikan peranti pengesanan atau alat pengesanan ini sekiranya alat tersebut:

  • Dimusnahkan
  • Dirosakkan
  • Dihilangkan
  • Diubah

Ordinan Darurat: Perintah pakai 'peranti pengesanan' antara peruntukan  baharu

CIRI PERANTI PENGESANAN

Antara ciri peranti pengesanan yang akan dipakaiakan kepada pesakit Covid-19 ialah:

  • Peranti pengesanan yang bakal digunakan seperti yang dipasangkan dalam kes di penjara.

Peranti pengesanan ini akan disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesan pergerakan pesakit yang perlu kuarantin di rumah.

Ketika ini Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memuktamadkan jenis peranti yang bakal digunapakai, sebelum penguatkuasaannya pada 11 Mac ini.
Terdapat model yang digunakan di negara luar. MKN akan muktamadkan jenis peranti itu sebelum 11 Mac ini. Setiap pesakit akan dipakaikan peranti itu selama 10 hari dan ia boleh bertahan untuk tempoh itu.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...