Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PKNS: Promosi 48 Jam 20 Peratus Diskaun Pembelian Hartanah

1,014

Nak beli rumah dengan harga yang berbaloi dan murah? Jika benar, sebelum tahun 2021, anda boleh memiliki rumah anda sendiri dengan pelbagai tawaran diskaun yang ditawarkan untuk anda.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melancarkan kempen promosi 48 Jam Mesti Beli Akhir Tahun 2020 yang melibatkan 25 projek hartanah di negeri Selangor dengan tawaran diskaun sehingga 20 peratus.

Dapatkan maklumat mengenai promosi 48 Jam 20 peratus diskaun pembelian hartanah melalui perkongsian ini.

TARIKH PROMOSI 48 JAM 20% DISKAUN PEMBELIAN HARTANAH

Promosi 48 Jam Mesti Beli Akhir Tahun 2020 berlangsung pada:

  • 19 hingga 20 Disember 2020

Promosi ini dijangka mampu melonjakkan lagi jualan hartanah perbadanan berkenaan walaupun diadakan dalam situasi normal baharu.

3 PROJEK PERUMAHAN BAHARU

Promosi istimewa selama dua hari ini merupakan kempen ‘48 jam Mesti Beli’ siri ketujuh dan yang terakhir bagi tahun ini bertujuan menarik lebih ramai pembeli mengadakan temujanji dengan eksekutif jualan PKNS untuk memilih kediaman impian mereka.

Kempen promosi ini merupakan siri yang istimewa kerana PKNS turut menyenaraikan tiga projek perumahan baharu untuk dijual iaitu:

  • Puteri Aira di Kota Puteri Rawang
  • Saira di Pelabuhan Klang
  • Residensi Aurora di Cyberjaya

PKNS: Promosi 48 Jam 20 Peratus Diskaun Pembelian Hartanah

PELBAGAI TAWARAN PROMOSI 48 JAM 20% DISKAUN PEMBELIAN HARTANAH

Selain diskaun pembelian sehingga 20 peratus, PKNS juga:

  • Mengecualikan bayaran yuran guaman Perjanjian Jual Beli dan duti setem Memorandum Pemindahan (MOT).
  • Tawaran pakej hiasan dalaman serta baucar ‘kediaman pintar’ bernilai lebih RM15,000.

PKNS menyasarkan 27 unit kediaman bernilai RM17.2 juta mampu terjual sepanjang dua hari kempen tersebut berlangsung.

Promosi tersebut juga menawarkan banyak pilihan memandangkan 25 projek hartanah itu merangkumi pelbagai jenis kediaman seperti rumah berkembar dua tingkat, pangsapuri eksklusif serta rumah berkembar tiga tingkat yang dijual pada harga bermula RM440,000 hingga RM900,000.

Suhaimi berkata enam siri kempen promosi ‘48 jam Mesti Beli’ yang diadakan bermula Nov 2019 hingga Sept lepas disifatkan agak berjaya apabila PKNS mampu mencapai nilai jualan sebanyak RM58.6 juta.

PKNS: Promosi 48 Jam 20 Peratus Diskaun Pembelian Hartanah

CARA MEMBUAT PEMBELIAN MELALUI

Semua urusan pembelian dan tempahan akan dilakukan secara dalam talian bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Pembeli yang ingin merebut peluang keemasan memiliki kediaman impian melalui hartanah PKNS, boleh membuat temujanji dengan melayari laman web rasmi perbadanan berkenaan atau menghubungi PKNS X Line Wilayah Tengah di:

  • Telefon: 03-50220188, Wilayah Utara (03-50220189) dan Wilayah Selatan (03-50220187).

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...