Permohonan Program Rumah Perakku Untuk Penjawat Awam & Rakyat Negeri Perak

0

Berita baik buat semua warga dan penduduk Negeri Perak yang berminat dan
berkelayakan untuk memiliki rumah Kos Rendah, Kos Sederhana dan Rumah Mampu
Milik di Negeri Perak. Permohonan Rumah Perakku boleh dibuat dengan mengisi
borang permohonan secara atas talian/ online di Portal Rasmi PLHP (Lembaga
Perumahan dan Hartanah Perak).

Menyediakan rumah yang selesa, berkualiti, mampu dimiliki dan mencukupi untuk
golongan berpendapatan rendah adalah tanggungjawab yang sedang dilaksanakan
oleh Kerajaan Negeri Perak dari masa kesemasa melalui LPHP.

Program Perumahan Perakku

Peranan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP)

Di antara peranan utama LPHP adalah seperti berikut :-

1. Melaksanakan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) disewa dan dimiliki
2. Menguruskan penjualan rumah PPR dimiliki
3. Memproses urusan pindah milik Rancangan Perumahan Awam
4. Membuat tawaran semula Rancangan Perumahan Awam
5. Mengurus penyewaan Program Perumahan Rakyat Disewa
6. Mendaftar permohonan membeli Rumah Kos Rendah melalui Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT)

Borang Permohonan Rumah Perakku (Pendaftaran Rumah Mampu Milik Negeri Perak)

Untuk memohon Rumah Perakku, penjawat awam dan rakyat negeri Perak yang layak perlulah mengisi maklumat permohonan lengkap melalui borang permohonan Rumah Perakku yang disediakan. Salinan dokumen yang diperlukan juga perlu disertakan sekali semasa membuat permohonan Rumah Perakku.

Selain itu, pemohon perlulah lulus syarat permohonan semasa yang ditetapkan.

Kategori Rumah Perakku Yang Boleh Anda Mohon

Berikut adalah kategori permohonan rumah mampu milik Negeri Perak :-

1. Sewa
2. Perumahan Perwira
3. Rumah Kos Rendah
4. Rumah Kos Sederhana
5. Program Perumahan Rakyat
6. Rumah Mampu Milik
7. My Beautiful New Home

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan seperti berikut :-

Pra Syarat Permohonan Rumah Perakku:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
2. Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja yang layak memohon
3. Pendapatan isirumah tidak melebihi : RM 3,000.00 sebulan

Jadi, sebelum anda membuat permohonan pastikan anda lulus pra syarat yang ditetapkan di atas terlebih dahulu. Ini penting untuk memastikan anda layak.

Arahan Pengisian Borang Rumah Mampu Milik Perak

A. Sila pastikan borang diisi dengan sempurna

B. Sila lampirkan salinan dokumen yang diperlukan speerti berikut :-

1. Kad pengenalan terbaru Pemohon dan isteri/ suami
2. Sijil nikah / Daftar perkahwinan
3. Sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan
4. Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
5. Slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/ suami
6. Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/ suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
7. Sekeping gambar warna Ukuran pasport (Terbaru).

Senarai Projek Rumah Mampu Milik Perak

Melalui makluman Facebook LPHP, pihak LPHP akan membangunkan rumah-rumah
mampu milik di kawasan-kawasan berikut :

1. Chemor Ipoh Perak – Rumah Bandar (Town House) – 56 unit Keluasan
Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
2. Tanah Hitam, Chemor – Rumah Teres Setingkat – 100 unit Keluasan Bangunan
860 Kps – Harga RM 70,000.00
3. Malim Nawar Kampar Perak – 62 unit – Rumah Teres Setingkat – Keluasan
Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
4. Kg. Serdang Setiawan – Rumah Teres Setingkat – 100 unit Keluasan Bangunan
860 Kps – Harga RM 70,000.00
5. Batu 10, Lekir Setiawan – 340 unit – Rumah Teres Setingkat – 340 unit Keluasan
Bangunan 860 Kps – Harga RM 85,000.00
6. Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak – Rumah Belia – Teres Setingkat – 92 unit
Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00

Pihak LPHP sedang merancang banyak lagi pembangunan perumahan yang berharga RM 70,000 – RM 100,000.00 di setiap daerah di Negeri Perak.

Maklumat Lanjut Permohonan Program Perumahan Perakku

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan atau pendaftaran Rumah
PerakKu boleh terus menghubungi atau faks kepada pihak LPHP melalui :-

Tel : 05 – 209 5540 / 05 – 209 5054 / 05 – 209 5053
Faks : 05 – 2530001

Selamat membuat permohonan rumah Perakku iaitu pendaftaran rumah Mampu Milik Negeri Perak. Moga permohonan anda untuk memiliki rumah sendiri tercapai.

Borang Permohonan Rumah Perakku

Borang permohonan Program Perumahan Perakku boleh di akses melalui pautan
berikut :-

Comments
Loading...