Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Peluang Kerjaya 10,000 Kekosongan Menanti Warga Selangor. Ini Cara Daftar Program Selangor Kerjaya

945

Negeri Selangor merupakan salah satu negeri yang paling kerap dikenakan PKP sepanjang tempoh pandemik Covid-19. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil satu tindakan pantas dengan menyediakan pebagai inisiatif untuk membantu rakyat negerinya.

Antaranya ialah menyediakan bantuan RM100  di bawah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar untuk ibu bapa menghantar anak-anak ke Tadika / Taska, Pakej Kita Selangor dan menyediakan sebanyak 40,000 sim percuma yang akan diedarkan kepada pelajar dan peniaga di Selangor pada Mac nanti.

Malah terkini Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan laman web yang menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur buat masa sekarang.

Apakah laman web itu? Jom kita dapatkan maklumat mengenai Selangor Kerjaya dan 10,000 kekosongan jawatan yang menanti warga Selangor melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS SELANGOR KERJAYA

Program Selangor Kerjaya merupakan inisiatif oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), bertujuan untuk memacu ekonomi warga Selangor melalui pemadanan kerjaya yang berkesan.

Calon bakal menjalani penilaian profil serta pemadanan kerjaya sebelum penempatan kerja sebenar berlaku. Program ini juga bakal memberi pendedahan dan pengalaman industri secara langsung menerusi latihan di tempat kerja, tanpa sebarang kos.

KEKOSONGAN JAWATAN SELANGOR KERJAYA

  • Terdapat 10,0000 peluang pekerjaan
  • Peluang pekerjaan berkaitan kemahiran tenaga kerja
  • 3 tahun tempoh program

KAEDAH PENDEKATAN UNIK SELANGOR KERJAYA

Kaedah yang digunakan oleh Selangor Kerjaya adalah seperti berikut:

  • Pemadanan calon yang sesuai dengan kehendak majikan melalui profil pintar bagi mengenalpasti keperluan kemahiran kedua-dua pihak dalam meningkatkan kemahiran untuk IR4.0.

Peluang Kerjaya 10,000 Kekosongan Menanti Warga Selangor. Ini Cara Daftar Program Selangor Kerjaya

CARA MENDAFTAR SELANGOR KERJAYA

Pencari kerja boleh membuat pendaftaran seperti berikut:

Peluang Kerjaya 10,000 Kekosongan Menanti Warga Selangor. Ini Cara Daftar Program Selangor Kerjaya

  • Isikan maklumat yang diperlukan.

Peluang Kerjaya 10,000 Kekosongan Menanti Warga Selangor. Ini Cara Daftar Program Selangor Kerjaya

  • Sahkan maklumat dengan klik √ pada kotak yang disediakan.
  • Akhir sekali klik SUBMIT.

Peluang Kerjaya 10,000 Kekosongan Menanti Warga Selangor. Ini Cara Daftar Program Selangor Kerjaya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Selangor Kerjaya, sila dapatkan melalui saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...