Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Ini Cara Buat Semakan

5,528

Kesulitan pelajar lepasan IPT terutamanya anak negeri Sarawak untuk membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mendapat pembelaan apabila Kerajaan Negeri Sarawak menyediakan peruntukan sebanyaj RM30 juta untuk membantu pelajarnya melangsaikan pinjaman pendidikan.

Untuk pengetahuan anda juga, negeri Sarawak juga merupakan satu-satunya negeri yang mengambil inisiatif ini untuk membantu secara terus pelajarnya membayar pinjaman PTPTN.

Baca juga: 5 Langkah Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Akaun 2, Mudah Sangat!

Seterusnya dapatkan maklumat seterusnya mengenai bantuan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak seperti yang telah dikongsikan oleh PTPTN.

INFO RINGKAS INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN ANAK SARAWAK

Untuk makluman, insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah dalam bentuk:

  • Pengurangan sebanyak 30% ke atas baki pinjaman PTPTN peminjam dalam kalangan anak-anak Sarawak.

Yayasan Sarawak akan memanfaatkan peruntukan kerajaan negeri bagi menyediakan insentif kepada pelajar-pelajar Sarawak yang telah membayar balik sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman PTPTN, untuk menyelesaikan 30 peratus daripada baki pinjaman mereka itu.

TARIKH SEMAKAN

Anak Sarawak yang membuat pinjaman PTPTN boleh membuat semakan bermula:

  • 9 Mac 2021

SYARAT KELAYAKAN INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN ANAK SARAWAK

Peminjam yang layak untuk Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak adalah seperti berikut:

  • Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak;
  • Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman; dan
  • Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/ berhenti pengajian).

Nota: Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.

KAEDAH PENENTUAN KELAYAKAN PENGURANGAN BAYARAN BALIK PTPTN ANAK SARAWAK

Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.

Contoh pengiraan:

BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 Jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan 15,000
2 Bayaran balik oleh pelajar telah mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan hutang (5,000)
3 Baki pinjaman 10,000
4 Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan Negeri Sarawak (3,000)
5 Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam 7,000
Seramai 9,000 orang pelajar Sarawak layak untuk mendapat manfaat daripada insentif itu setelah melalui tapisan oleh PTPTN.

KAEDAH PELAKSANAAN PEMBERIAN INSENTIF

Istimewanya pelaksanaan bagi Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak ialah:

  • Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan.
  • PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS PEMBERIAN INSENTIF

Untuk membuat semakan status pemberian Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak ialah melalui Portal rasmi PTPTN:

NOTA: Buat masa ini laman web ini masih lagi dalam mod PENYELENGARAAN. Anda boleh membuat semakan dari semasa ke semasa.
Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Ini Cara Buat Semakan

TEMPOH INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN ANAK SARAWAK

Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak ini:

  • Tidak mempunyai tempoh tamat.
  • Dilaksanakan secara berterusan sehingga dimaklumkan pemberhentiannya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak, sila dapatkan di:

  • PTPTN Careline: 03-2193 3000
  • Facebook PTPTN
  • Twitter PTPTN
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...